Siaran Langsung Final JDT vs KL City Live Streaming Piala FA 2023

Siaran Langsung Final JDT vs KL City Live Streaming Piala FA 2023

Saingan Piala FA 2023 kini sudah sampai ke penghujung apabila Final atau Pusingan Akhir telah ditentukan dengan pertemuan Johor Darul Ta'zim FC vs Kuala Lumpur City FC dimana akan berlangsung pada 22 Julai 2023, hari Sabtu pada jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

JDT berjaya mara ke final apabila menumbangkan gergasi Merah Kuning, Selangor dalam saingan Separuh Akhir dengan jaringan 4-0. Manakala KL City berjaya mengalahkan Terengganu dalam penentuan sepakan penalti selepas masing-masing terikat tanpa jaringan dalam waktu perlawanan sebenar.

Kini kedua-dua pasukan ini akan bertemu lagi. Ya, ini merupakan pertemuan kali ketiga untuk mereka. Kali pertama dan kali kedua adalah dalam saingan liga. Kedua-dua perlawanan tersebut dimenangi oleh JDT. Game pertama 3-0, game kedua 6-1. Total JDT 9-1 KL City.

Johor Darul Ta'zim FC

Dalam saingan Piala FA 2023, JDT merupakan penyandang juara apabila memenangi trofi tersebut pada musim 2022 dengan mengalahkan Terengganu. Kini mereka berjaya ke final buat kali kedua berturut-turut.

Perjalanan JDT bermula di pusingan kedua iaitu bertemu PDRM FC. Dalam perlawanan tersebut, JDT menang tiga gol kosong. Kemudian di peringkat suku akhir, mereka bertemu Penang FC dan sekali lagi menang besar iaitu 5 gol tanpa balas.

Kemudian di saingan Separuh Akhir, mereka bertemu pasukan lagi kuat yang juga kini menduduki tangga ke-2 liga iaitu Selangor. Walaupun Selangor cuba memberikan tentangan, tetapi mereka perlu akur dengan kehebatan JDT apabila bolos 4 gol juga tanpa balas.

Kuala Lumpur City FC

KL City juga sama seperti JDT apabila bermula saingan Piala FA 2023 di pusingan kedua iaitu 16 terbaik. Ketika itu, mereka mendapat jalan mudah apabila bertemu sebuah pasukan daripada Liga M3 iaitu Imigresen FC. Mereka menang dengan dua gol tanpa balas.

Kemudian masuk pusingan Suku Akhir, pasukan daripada Borneo iaitu Sabah menjadi lawan yang menunggu mereka di Likas. Nampaknya KL City lebih bersedia apabila menang tipis dua gol berbalas satu.

Sekali lagi bermain di tempat lawan dan kali ini di Pantai Timur iaitu berhadapan dengan Terengganu bersama ribuan penyokong yang hadir pada malam tersebut. Masing-masing buntu dalam tempoh perlawanan sebenar apabila mengakhir perlawanan tanpa sebarang jaringan.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti. Tuah menyebelahi pasukan pelawat apabila berjaya mengalahkan Terengganu dengan jumlah sepakan 5-3. Tutup buku semi final dan bergerak ke final.

Pembelian Tiket Masuk Ke Stadium Untuk Final Piala FA 2023

Seperti yang telah diumumkan oleh MFL apabila perlawanan Akhir Piala FA 2023 akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri dan juga telah ditetapkan pada 22 Julai 2023 bersamaan dengan hari Sabtu.

Jadi dalam tempoh beberapa hari sebelum final, penyokong untuk kedua-dua pasukan boleh mula dapatkan tiket masuk yang dijual secara online sahaja iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Tiada penjualan tiket fizikal di stadium.

Setiap penyokong boleh membeli dua tiket yang mana ianya dijual pada harga bermula RM50, RM100, RM150 (MFL Premium & FA Cup Premium) dan RM200 untuk Grandstand MFL iaitu mengikut tier yang ditetapkan.

Tayangan Siaran Langsung JDT vs KL City Dalam Final Piala FA 2023

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau! Perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro dan RTM iaitu sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia 2023.

Untuk Astro, anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena 801 dan di Astro Arena Bola 803. Untuk tontonan secara online, boleh pergi ke Astro Go atau live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka

Manakala untuk tayangan di RTM, anda boleh saksikan menerusi saluran TV Okey serta di Sukan RTM. Selain itu, untuk tontonan secara digital online, boleh pergi ke rtmklik.rtm.gov.my atau menggunakan aplikasi RTM Klik secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Final Piala FA 2023 JDT vs KL City

Berikut merupakan jadual penuh meliputi waktu sepak mula, tarikh dan venu perlawanan serta saluran bagi tayangan secara langsung untuk final Piala FA 2023 antara Johor Darul Ta'zim FC vs Kuala Lumpur City FC.

Untuk keputusan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis atau tamat perlawanan pada malam tersebut.

22 Julai 2023 (Sabtu)

ft : JDT (2) - (0) KL City

  • Hong Wan 66'
  • Leandro Velazquez 74'

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena 801, Arena Bola 803, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

TAHNIAH JDT JUARA PIALA FA 2023

Post a Comment

Previous Post Next Post