Cara Tonton Drama Tentang Hati Dia Full Episod Secara Online

Cara Tonton Drama Tentang Hati Dia Full Episod Secara Online

Untuk peminat drama melayu tempatan, anda boleh saksikan atau tonton drama Tentang Hati Dia untuk semua episod secara online menerusi platform penstriman di web atau menggunakan aplikasi iQIYI. 

Drama Tentang Hati telah mula bersiaran pada 3 Julai 2023 yang lalu menerusi slot Akasia di saluran TV3 iaitu setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 malam.

Untuk info, naskah ini merupakan adaptasi novel 'Kapcai Girl vs Encik Superbike' karya Bunga Amani dan kini dibawa ke drama dengan arahan Amor Rizan yang diterbitkan oleh produksi Mache AllStar Sdn. Bhd.

Antara pelakon yang terlibat seperti Aliff Aziz, Trisha Ooi, Nafiz Muaz, Fazlina Dato Ahmad Daud, Muaz Zabir, Datin Nor Aliah Lee, Nurin Afiqah, Laura Olivia dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Tentang Hati Dia

Drama Tentang Hati Dia mengisahkan tentang Tiara (Trisha Ooi) iaitu seorang anak gadis berasal dari kampung yang diduga dengan pelbagai cabaran di usia muda.

Ketika menunggu keputusan peperiksaan SPM, Tiara mendapati bahawa dia hamil hasil daripada pelakuan sumbangnya bersama Khalid (Nafiz Muaz).

Fatimah (Fazlina Dato Ahmad Daud), ibu Tiara, marah apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan Tiara dan memaksanya menggugurkan kandungan tersebut.

Wafi (Aliff Aziz) yang merupakan kawan baik Khalid baru sahaja menghabiskan pembelajarannya di luar negara dan pulang ke Malaysia dengan hasrat untuk mengahwini tunangnya, Darina (Nurin Afiqah).

Namun, semangat berkobar-kobar Wafi setelah mengharungi cinta jarak jauh hancur apabila Darina menuntut agar pertunangan mereka diputuskan.

Konflik memuncak apabila Tiara yang buntu untuk membetulkan kesilapannya telah pergi ke ibu kota untuk mencari Khalid yang menghilangkan diri. Tiara cuba menjejaki Khalid dengan harapan Khalid dapat membantunya menyelesaikan masalah yang timbul itu.

Dapatkah Tiara menjejaki Khalid dan melepaskan diri dari segala masalah yang menimpanya? Bagaimana kesudahan kisah Wafi pula, masihkah ada ruang untuk cinta berputik di hatinya setelah dikecewakan?

Cara Tonton Drama Tentang Hati Dia Secara Online

Jadi untuk anda yang terlepas untuk saksikan drama ini di TV3, jangan risau. Anda masih boleh saksikan drama Tentang Hati Dia ini secara online. Ianya juga bersiaran pada jam 8.00 malam iaitu selepas habis tayangan di TV.

Untuk pengguna VIP, anda boleh tonton secara online sejurus selepas habis tayangan. Manakala 48 jam selepas tayangan di tv, orang ramai juga boleh tonton dan kini secara percuma.

Dengan itu juga, anda boleh tonton secara berulang bagi episod-episod sebelumnya dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Sekiranya anda tidak mahu terlepas untuk menjadi penonton terawal, jangan lupa untuk langgan akaun VIP dengan harga bermula RM13.90 sebulan sehingga RM107.9 setahun. Info penuh tentang langganan iQIYI, anda boleh rujuk disini.

Post a Comment

Previous Post Next Post