Senarai Terkini Top 10 Artis Yang Mendapat Undian Tertinggi ABPHB 2023. Bell Ngasri Pun Ada Dalam List!

Senarai Terkini Top 10 Artis Yang Mendapat Undian Tertinggi ABPHB 2023. Bell Ngasri Pun Ada Dalam List!

Baru-baru ini telah berlangsung sidang media pelancaran majlis ABPBH Ke-35 untuk tahun 2023. Dalam acara tersebut juga telah diumumkan finalis atau senarai 10 artis yang mendapat undian tertinggi untuk memburu takhta Bintang Paling Popular.

Anugerah Bintang Popular Beritah Harian (ABPBH) kini sudah memasuki musim ke-35 untuk tahun 2023. Ianya merupakan malam anugerah bagi menghargai setiap artis tanah air menerusi undian sepenuhnya daripada peminat.

Untuk ABPBH 35 kali ini, bakal dipertandingkan sebanyak 12 kategori utama disamping 7 kategori sampingan, Extra!

Antaranya kategori utama dipertandingkan ialah Penyanyi Lelaki Popular, BBNU Lelaki Popular, Aktor Filem Popular, Penyampai Radio POpular, Artis Komedi Popular, Pengacara Televisyen (TV) Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular dan banyak lagi.

Manakala untuk kategori sampingan, Extra ada Couple TV Popular, Drama Popular, Lagu Paling Book Popular, Content Creator Popular, TikTokers Popular dan beberapa lagi anugerah yang dipertandingkan.

Kini sudah memasuki undian terakhir menerusi senarai Top 5 yang disaring daripada Top 20 sebelum ini. Pada pusingan pertama pertama, undian sepenuhnya datang daripada peminat yang mana ianya telah dibuka dari 12 Mei hingga 11 Jun 2023.

Manakala untuk pusingan kedua (top 5) pula undian dibuka dari 20 Jun hingga 15 Julai 2023. Tetapi kali ini undian peminat hanya mewakili 70%, manakala 30% lagi adalah daripda penilaian juri profesional.

Dengan undian-undian telah dibuat sejak sebulan yang lalu ini, pihak penganjur telah mendedahkan 10 artis yang telah menerima undian tertinggi yang mana bakal berpeluang mengondol anugerah utama iaitu Bintang Paling Popular.

Nama yang disebut setakat ini mengungguli carta ialah Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.

Malam Anugerah ABPBH 35 Tahun 2023

Malam Anugerah Bintang Popular Beritah Harian (ABPBH 35) bakal berlintas langsung pada 21 Julai 2023, bersamaan hari Jumaat jam 9.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim HD secara online di www.tonton.com.my.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 35 Tahun 2023

Acara kemuncak itu juga akan diserikan dengan dua penyampai yang tidak asing lagi untuk aksi pentas iaitu Johan dan juga Ain Edruce sebagai hos utama. Manakala Fizi Ali dan Riena Diana akan beraksi bagi acara karpet merah.

Untuk menambah kemeriahan pada malam tersebut, selain daripada penyampaian trofi, akan ada persembahan yang disajikan seperti daripada Luqman Podolski, Kym Kmo, Luca Sickta, Datuk Ramli Sarip dan pastinya Datuk Seri Siti Nurhaliza serta ramai lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post