Siaran Langsung Malaysia vs Papua New Guinea Persahabatan Tier 1 FIFA Jun 2023

Siaran Langsung Malaysia vs Papua New Guinea Persahabatan Tier 1 FIFA Jun 2023

Kini tiba untuk perlawanan Persahabatan Tier 1 yang kedua pula bakal berlangsung dalam kalendar FIFA untuk bulan 2023 yang mana kali ini melibatkan pasukan Malaysia vs Papua New Guinea iaitu pada 20 Jun 2023, hari Selasa, pukul 9.00 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Seperti pada perlawanan sudah, untuk perlawanan kedua ini juga, Malaysia menjadi tuan rumah. Jika sebelum ini bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil dan kini beralih ke pantai timur di Terengganu berikutan kerja naik taraf padang yang kini sedang berjalan.

Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ke-138 dunia dan Papua New Guinea berada di kedudukan 159 dalam rangking FIFA. Jika dilihat atas kertas, perlawanan ini pastinya milik skuad Harimau Malaya kerana berada rangking lebih tinggi.

Sebelum ini mereka telah bertemu empat kali dan ini merupakan kali kelima. Dalam pertemuan tersebut, Malaysia telah menang tiga kali dan tewas sekali. Kali terakhir mereka bertemu adalah pada tahun 2016 sebanyak dua kali. Menang sekali dan tewas sekali.

Pasukan Malaysia

Jika dilihat aksi terakhir untuk pasukan Malaysia adalah pada 14 Jun yang lalu apabila bertemu Kepuluan Solomon. Dalam perlawanan tersebut, Malaysia meriah kemenangan berjaya apabila membelasah pasukan pelawat dengan jaringan 4-1.

Pasukan Papua New Guinea

Manakala untuk Papua New Guinea, mereka juga telah menjalankan perlawanan persahabatan yang pertama iaitu pada 16 Jun yang lalu bertemu pasukan jiran, Singapura. Dalam perlawanan tersebut, mereka terikat 2-2 selama tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Seperti pada perlawanan sudah juga, tiket masuk stadium ditetapkan dengan harga yang sama iaitu RM30 untuk tiket terbuka dan RM5 untuk tiket kanak-kanak. Pembelian boleh dibuat secara online di menerusi laman web www.tickethotline.com.my dan tiada penjualan tiket fizikal.

Jadi untuk semua peminat bola sepak terutamanya yang berdekatan, jangan lupa untuk hadir beramai-ramai bagi memberikan sorakan dan sokongan kepada pemain-pemain Harimau Malaya yang beraksi di atas padang kelak.

Tayangan Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Tier 1 2023 Malaysia vs Papua New Guinea

Kalau perlawanan pertama ada live, untuk perlawanan kedua ini juga akan ditayangkan secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Arena 801 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go serta platfrom web dan aplikasi Sooka.

Bukan itu sahaja, perlawanan ini juga anda boleh saksikan menerusi TV9 di saluran Astro 149 dan myfreeview 109. Untuk yang tiada astro, boleh saksikan di saluran ini secara percuma termasuk live streaming di platform web dan aplikasi Tonton.

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs Papua New Guina 2023

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi pertemuan antara Malaysia vs Papua New Guinea dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 untuk Jun 2023. Keputusan akan dikemaskini selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

20 Jun 2023 (Selasa)

FT : Malaysia (10) - (0) Papua New Guinea

  • Safawi Rasid 45+4' (P)
  • Paulo Josue 52', 64', 70'
  • Arif Aiman Hanapi 57', 60', 87', 89'
  • Faisal Halim 59'
  • Daniel Ting 76'

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Post a Comment

Previous Post Next Post