Family Mart Riverfront Kuantan Kini Dibuka. Jom Serbu!

Family Mart Riverfront Kuantan Kini Dibuka. Jom Serbu!

Berita baik kepada warga Kuantan apabila satu lagi cawangan Family Mart kini dibuka secara rasmi di kawasan anda dan kali ini lokasinya adalah di Bangunan Lama MPK kawasan Riverfront Benteng berhadapan dengan HTAA.

Kali ini memang betul untuk orang bandar Kuantan dan sekitarnya jika dibandingkan dengan cawangan pertama yang dibuka sebelum ini iaitu di Kotasas yang sepertinya sedikit jauh daripada bandar Kuantan dan kawasan penduduk yang lain.

Nampaknya kawasan ini memang jadi tumpuan dan makin sesak la. Manakan tidak, selain daripada kawasan hotel, disini juga terdapat McDonalds dan Texas Chicken. Jadi tempat tumpuan ingin dapatkan makanan dan minuman yang anda minati.

Sempena pembukaan untuk cawangan terbaru Riverfront Kuantan ini, pihak Family Mart ada menyediakan pelbagai tawaran yang menarik iaitu dengan potongan 25% diskaun. Antaranya adalah :

  • Sofuto ice cream cone dan sundae cup (21 - 25 Jun 2023)
  • Large Non-coffee Beverage (26 Jun - 2 Julai 2023)
  • Frappe (26 Jun - 2 Julai 2023)
  • Large Coffee (3 - 9 Julai 2023)

Jadi boleh datang ke cawangan ini bermula dari 6 pagi hingga 2 pagi yang dibuka setiap hari dan pastikan sudah download aplikasi Family Mart. Pastinya menjadi tumpuan disini adalah menu oden. Jangan risau, ruang makan juga disediakan jauh lebih besar daripada cawangan Kotasas.

Tapi mungkin kena beratur lebih panjang la lepas ni bila semua orang Kuantan datang serbu kat sini.

Post a Comment

Previous Post Next Post