Siaran Langsung Malaysia vs Kepulauan Solomon Perlawanan Persahabatan Tier 1 Jun 2023

Siaran Langsung Malaysia vs Kepulauan Solomon Perlawanan Persahabatan Tier 1 Jun 2023

Kini tiba untuk perlawanan Persahabatan Tier 1 yang pertama berlangsung dalam kalendar FIFA untuk bulan Jun 2023 yang mana melibatkan pasukan Malaysia vs Kepulauan Solomon pada 14 Jun 2023, hari Rabu jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Dalam tempoh kali ini, Malaysia akan berhadapan dengan dua pasukan dalam dua perlawanan dan sekali gus menjadi tuan rumah untuk kedua-dua pertembungan tersebut. Dari Bukit Jalil, kemudian di Selatan dan kini ke Pantai Timur di Terengganu.

Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ke-138 dunia dan Kepulauan Solomon berada di kedudukan 134 dalam ranking FIFA. Ini pastinya peluang terbaik untuk Malaysia bagi mengumpul mata untuk menaikkan rangking dan berada dalam kedudukan yang lebih baik.

Ini merupakan pertemuan pertama bagi kedua-dua pasukan dalam perlawanan rasmi peringkat antarabangsa seperti ini. Sebelum ini mereka masih belum bertemu dan pastinya perlawanan yang menarik untuk disaksikan.

Pasukan Malaysia

Jika dilihat aksi terakhir untuk pasukan Malaysia adalah pada Mac yang lalu, juga dalam perlawanan persahabatan. Ketika itu, Malaysia bertemu dan Turkimenistan dan Hong Kong dan telah memenangi kedua-dua perlawanan.

Pasukan Kepulauan Solomon

Dengan nama lain, Solomon Island, mereka juga kali terakhir adalah beraksi dalam perlawanan persahabatan pada Mac yang lalu. Mereka telah bertemu Fiji dan Vanuatu dan menang kedua-dua perlawanan tersebut.

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Seperti yang diumumkan oleh FAM dimana harga tiket masuk stadium adalah RM30 untuk tiket terbuka dan RM5 untuk tiket kanak-kanak. Pembelian hanya boleh dibuat secara online di www.tickethotline.com.my dan tiada penjualan tiket fizikal di stadium

Jadi untuk semua peminat bola sepak terutamanya yang berdekatan, jangan lupa untuk hadir beramai-ramai bagi memberikan sorakan dan sokongan kepada pemain-pemain yang beraksi di atas padang demi lencana didada.

Tayangan Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Tier 1 2023 Malaysia vs Kepulauan Solomon

Selain daripada menonton di stadium, perlawanan ini juga turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go serta platform web dan aplikasi Sooka.

Bukan itu sahaja, perlawanan ini juga anda boleh saksikan menerusi TV9 di saluran Astro 149 dan myfreeview 109. Untuk yang tiada astro, boleh saksikan di saluran ini secara percuma termasuk live streaming di platform web dan aplikasi Tonton.

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs Kepulauan Solomon 2023

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi pertemuan antara Malaysia vs Kepulauan Solomon dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 untuk Jun 2023. Keputusan akan dikemaskini selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

14 Jun 2023 (Rabu)

FT : Malaysia (4) - (1) Kepulauan Solomon

  • Raphael Lea'i 11'
  • Paulo Josue 40'
  • Arif Aiman Hanapi 45+2' (P)
  • Safawi Rasid 77'
  • Lee Tyck 90+1'

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Astro Go, Sooka & Tonton

Post a Comment

Previous Post Next Post