Siaran Langsung JDT vs Albirex Niigata Singapore Live Streaming 2023

Siaran Langsung JDT vs Albirex Niigata Singapore Live Streaming 2023

Dalam tempoh FIFA Day ini, akan ada sebuah perlawanan persahabatan antara kelab iaitu antara Johor Darul Ta'zim FC dan Albirex Niigata FC iaitu pada 17 Jun 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri, Johor.

Selama dua minggu ini, tiada perlawanan kompetitif yang diadakan termasuk Liga Super. Ianya bertujuan bagi memberikan ruang kepada pasukan kebangsaan beraksi dalam perlawanan peringkat antarabangsa dan Malaysia juga tidak terkecuali.

Jadi setiap pemain akan berehat sekiranya tidak dipanggil bagi mewakili negara. Yang tidak terpilih, mereka akan bersama kelab dan meneruskan rutin harian berlatih bagi mengekalkan rentak permainan dan kecergasan.

Untuk itu, salah satu pasukan Liga Super iaitu JDT bakal mengadakan perlawanan persahabaran kelab iaitu bertemu pasukan dari Singapura iaitu Albirex Niigata FC. Ianya bukan perlawanan rasmi, tetapi sekadar friendly match sahaja.

Albirex Niigata Singapore FC yang terkenal dengan gelaran White Swans merupakan sebuah pasukan satelit Albirex Niigata dari Jepun dan sudah bermain dalam saingan Singapore Premier League sejak tahun 2004.

Sejak daripada itu, mereka telah memenangi title kejuaraan sebanyak 5 kali dengan satu daripadanya tanpa kekalahan. Selain itu, mereka telah menang 4 kali Singapore Cup, 4 kali Singapore League Cup dan 4 kali Community Sheild.

Jadi untuk perlawanan persahabatan antara kelab bola sepak kali ini bakal mempertemukan bekas juara Liga Super 2022 dan bekas juara Liga Singapura 2022. Pasukan manakah yang lebih hebat antara JDT atau Albirex Niigata? Nantikan...

Tiket Masuk Ke Stadium Secara Percuma

Berita baik untuk semua penyokong dan peminat pasukan Johor Darul Ta'zim apabila pihak pengurusan mengumumkan kemasukan bagi menonton perlawanan ini di stadium adalah percuma. Tidak perlu dapatkan apa-apa tiket.

Siaran Langsung JDT vs Albirex Niigata Singapore Live Streaming 2023

Manakala untuk semua pemegang Pas Bermusim JDT 2023 akan ditempatkan di kawasan Grandstand, manakala yang tidak memiliki pas bermusim boleh masuk melalui Pintu C.

Selain itu, pihak pengurusan juga akan menyediakan perkhidmatan bas 'shuttle' secara percuma bermula dari Hutan Bandaar MBIP, Taman Mutiara Rini terus ke Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan. Para penyokong boleh meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.

Siaran Langsung JDT vs Albirex Niigata Singapore Tahun 2023

Setakat ini tiada pengumuman rasmi tentang siaran langsung yang akan ditayangkan pada hari perlawanan sama ada daripada pihak Astro Arena atau RTM mahupun TV9. Jika ada tayangan live streaming, akan dikemaskini kelak.

Jadi adalah lebih baik untuk anda sebagai penyokong setia untuk datang terus ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini secara langsung. Boleh datang beramai-ramai bersama keluarga dan penuhkan stadium.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Persahabatan Antara Kelab JDT vs Albirex Niigata Singapore 2023

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan bola sepak antara Johor Darul Ta'zim FC menentang Albirex Niigata Singapore FC pada hari Sabtu ini, 17 Jun 2023, pukul 6.00 petang bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.

16 Jun 2023 (Sabtu)

FT : JDT (5) - (1) Albirex Niigata

  • Diogo 18'
  • Fernando Forestieri 27'
  • Nazmi Faiz 53'
  • Seia Kunori 63'
  • Bergson da Silva 64'
  • Aysar Hadi 67'

Waktu : 6.00 Petang
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Post a Comment

Previous Post Next Post