Drama Budak Tebing 3 Di TV3

Drama Budak Tebing 3 Di TV3

Menyusuli Kampung People 3, drama Budak Tebing 3 akan mengisi slot Lestary bermula 14 Disember 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan iQIYI dan aplikasi mobile sejuru selepas siaran di TV3

Drama 13 episod yang merupakan kesinambungan daripada Budak Tebing 1 dan 2 ini merupakan terbitan syarikat produksi Country Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nizam Zakaria dengan penulisan skrip daripada Shah Rizal Mashur.

Naskah ini masih mengekalkan barisan pelakon utama disamping pelakon tambahan iaitu Aedy Ashraf, Adam Lee, Nabil Aqil, Izz Ilham, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran, Nelisa Nizam, Nia Atasha, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Budak Tebing 3

Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius sehingga membuatkan Talam yang bekerja dengannya rasa tertekan.

Hubungan Arif dengan Yoyol juga tidak seperti dulu. Arif kerap naik angin apabila Yoyol banyak menghabiskan masa di Tebing. Malah dia turut melarang Yoyol untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

Kemunculan Kylo yang mendakwa dirinya ialah adik tiri kepada Tongki ingin menyatukan semula budak-budak tebing. Namun, keadaan itu disalahtafsirkan oleh Arif. Pada masa yang sama, muncul Badas yang kerap datang ke tebing.

Badas mendekati Kylo dengan mengakui dirinya ialah teman rapat kepada arwah ayah Tongki. Arif dan Kylo berselisih faham lagi kerana masing-masing menganggap Badas sebagai ayah angkat.

Siapakah Badas sebenarnya dan apakah motif Badas mendekati budak-budak tebing ini? Adakah Arif menerima Kylo sebagai seorang sahabat atau lawan?

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan Budak Tebing 3 bermula 13 Disember 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di Lestary TV3 dan iQIYI

Drama Budak Tebing 3 Di TV3

Drama Budak Tebing 3 Di TV3

Post a Comment

Previous Post Next Post