Jadual & Keputusan Final Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Jadual & Keputusan Final Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Pusingan Akhir atau Final Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan berlangsung seperti dijadualkan iaitu pada 18 Disember 2022. Manakala Playoff atau Penentuan Tempat Ketiga pula akan diadakan pada 17 Disember 2022.

France dan Argentina akan membuat perhitungan di final, manakala Morocco dan Croatia akan berentap bagi merebut tempat ketiga selepas masing-masing telah beraksi di pusingan Separuh Akhir sebelum ini.

France berpeluang untuk mengekalkan kejuaraan yang dimiliknya pada edisi World Cup 2018 yang lalu apabila layak ke final bertemu pasukan yang diketuai oleh Lionel Messi bagi pasukan Argentina di atas padang yang mana dalam masa yang sama menyaksikan perlumbaan penerima Kasut Emas.

Morocco terpaksa akur tidak dapat mengekalkan rentak kemenangan di pusingan separuh akhir apabila tewas 2-0 menentang France. Manakala finalist 2018, Croatia juga menerima kekalahan dengan jaringan 3 gol tanpa balas apabila bertemu Argentina sebelum ini.

Hadiah Hadiah Wang Tunai Bagi Setiap Pasukan Dalam Piala Dunia FIFA Qatar 2022

FIFA telah memperuntukkan sebanyak USD440 Juta atau sekitar RM1 Billion bagi setiap 32 pasukan yang bertanding dalam World Cup kali ini dengan menghadiahkan mengikut prestasi dan peringkat pasukan tersebut.

  • Juara - USD 42 Juta
  • Naib Juara - USD 30 Juta
  • Tempat Ketiga - USD 27 Juta
  • Tempat Keempat - USD 25 Juta
  • Pusingan Suku Akhir - USD 17 Juta (setiap pasukan)
  • Pusingan 16 - USD 13 Juta (setiap pasukan)
  • Peringkat Kumpulan - USD 9 Juta (setiap pasukan)

Selain itu, setiap pasukan yang layak juga menerima USD1.5 Juta (~RM 6 Juta) bagi menampung kos penyediaan sepanjang kejohanan berlangsung.

Jadual & Keputusan Final Dan Play Off Tempat Ketiga Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Untuk peringkat akhir ini, final dan play off tempat ketiga akan berlangsung dalam satu waktu dengan hari yang berlainan iaitu pada jam 11.00 malam waktu Malaysia.

Seperti sebelum ini, kesemua perlawanan akan disiarkan secara langsung (live) menerusi saluran Astro dan secara online di Astro Go. Juga bersiaran RTM TV2, dan TV Okey serta secara striming di RTM Klik.

Ini merupakan senarai jadual penuh bagi perlawanan untuk penentuan tempat ketiga dan juga final FIFA World Cup Qatar 2022:

Sabtu, 17 Disember 2022 (Penentuan Tempat Ke-3)

FT : Croatia (2) - (1) Morroco

  • Josko Gvardiol 7'
  • Achraf Dari 9'
  • Mislav Orsic 42'

Waktu : 11.00 Malam
Tempat : Stadium Khalifa International
Tayangan : TV2, TV Okey, Astro FWC 825

Ahad, 18 Disember 2022 (Final)

AET : Argentina (3) - (3) France [Pen: 4-2]

  • Lionel Messi 23' (P)
  • Angel Di Maria 36'
  • Kylian Mbappe 80' (P)
  • Kylian Mbappe 81'
  • Lionel Messi 109'
  • Kylian Mbappe 118' (P)

Masa : 11.00 Malam
Tempat : Stadium Lusail Iconic
Tayangan : TV2, TV Okey, Astro FWC 825

ARGENTINA JUARA PIALA DUNIA FIFA 2022

Jadual & Keputusan Final Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Post a Comment

Previous Post Next Post