Drama Kampung People 3 Di TV3

Drama Kampung People 3 Di TV3

Menyusuli Sentuhan Najwa, drama Kampung People 3 akan mengisi slot Lestary bermula 18 November 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar lebih awal daripada tayangan tv yang bersiaran di TV3.

Drama bersiri 13 episod yang merupakan sekuel daripada Kampung People 1 dan 2 ini merupakan terbitan KL Motion Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Shahril Sarjan dengan nukilan skrip daripada Wan Hasliza Wan Zainuddin, Baizura Kahar dan Syakirin Supardi.

BACA : Tonton Kampung People 1 Kesemua Episod Disini

Naskah ini sekali lagi masih mengekalkan pelakon utama iaitu Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah disamping pelakon lain seperti Shahril Sarjan, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Ustaz Nazeri Md Isa, Haidar Hasanudin, Hafdzi Sofi, Fadlan Hazim, Sharifah Sakinah, Kismah Johar, Aniq Suhair dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Kampung People 3

Drama Kampung People 3 kali ini bermula dengan keluarga Razif (Rashidi Ishak) dan Mona (Elly Mazlein) serta beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama 2 tahun akibat pandemik Covid-19.

Setelah itu mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar.

Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah (Sharifah Sakinah) dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu (Shahril Sarjan).

Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.

Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar.

Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Kampung People 3 bermula 18 November 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di Lestary TV3 dan Disney+ Hotstar.

Drama Kampung People 3 Di TV3

Drama Kampung People 3 Di TV3

Drama Kampung People 3 Di TV3

Post a Comment

Previous Post Next Post