Saksikan Drama Budak Tebing 2 Di TV3 (Slot Lestary)

Saksikan Drama Budak Tebing 2 Di TV3 (Slot Lestary)

Slot Lestary diteruskan lagi tayangan drama Budak Tebing 2 yang akan mula bersiaran pada 18 Jun 2021 di TV3 dan menerusi aplikasi online iQIYI Malaysia. Drama ini merupakan kesinambungan daripada Budak Tebing 1 yang disiarkan pada tahun 2020 yang lalu.

Drama bersiri ini pernah mendapat perhatian ramai untuk musim pertama yang lalu sehingga mencatat rekod 10 juta penonton untuk 13 episod yang bersiaran juga pada slot yang sama, Lestary pada tahun lalu. Jika terlepas, anda boleh tonton semula di Youtube TV3 Malaysia secara percuma.

Untuk Budak Tebing 2 ini pastinya lebih hebat apabila beberapa watak baru diperkenalkan sekali gus menambah plot cerita untuk dijadikan lebih menarik. Rata-rata penonton yang mengikuti drama sebelum ini tidak sabar untuk musim ke-2 kali ini.

Sinopsis Drama Budak Tebing 2

Drama Budak Tebing 2 mengisahkan kehidupan Tongki, Arif dan Talam selepas mereka gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki dimana perlu menjaga ayahnya dan dalam masa yang sama perlu bekerja tetapi dia sering dikhianati. Manakala Arif pula terpaksa menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi iaitu ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba.

Selepas membatalkan hasrat ke London, Laura cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira pula cuba membantu menyelesaikan masalah dua kanak-kanak gelandangan yang akhirnya membawa mereka kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.

Saksikan Drama Budak Tebing 2 Di TV3 (Slot Lestary)

Pelakon Dan Watak

Drama ini masih mengekalkan watak utama seperti dalam drama Budak Tebing 2020 iaitu Adam Lee (Arif), Aedy Ashraf (Tongki), Eyka Farhana (Ira), Bella Dowanna (Laura), Fariz Isqandar (Yoyol) dan Firdaus Ghufran (Talam).

Kemudian dibantu dengan beberapa pelakon dan watak baru seperti Fauzi Nawawi (Afendi), Pablo Amirul (Pablo), Syafie Naswip (Paan), Zarina Zainuddin (Sabrina), Nellisa Nizam (Maria) dan Imran Aqil@Ijeebster (Pijoy)

Saksikan Drama Budak Tebing 2 Di TV3 (Slot Lestary)

Pengarah Dan Produksi

Feroz Kader sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan sekali lagi untuk menyambung naskhah beliau sebelum ini untuk musim ke-2, Budak Tebing 2 ini dibawah syarikat produksi Country Universal Sdn. Bhd. melalui penerbit Jalena Rejab. Manaka penulis skrip daripada Janjira, Sofia J dan PGR's Team


Waktu Bersiaran

Drama Budak Tebing 2 akan bersiaran untuk 13 episod bermula 18 Jun ini setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3. Anda juga boleh strim secara online menerusi aplikasi iQIYI Malaysia atau di website www.iq.com sejurus selepas habis tayangan di tv, jam 10 malam.

Tonton Semua Episod Drama Budak Tebing 2

Episod 1/button/#1E90FF Episod 2/button/#1E90FF Episod 3/button/#1E90FF

Episod 4/button/#1E90FF Episod 5/button/#1E90FF Episod 6/button/#1E90FF

Episod 7/button/#1E90FF Episod 8/button/#1E90FF Episod 9/button/#1E90FF

Episod 10/button/#1E90FF Episod 11/button/#1E90FF Episod 12/button/#1E90FF

Episod 13 (Akhir)/button/#1E90FF

Post a Comment

Previous Post Next Post