Senarai Pemenang Awesome Raja Lawak 2022

Senarai Pemenang Awesome Raja Lawak 2022

Kumpulan Soda yang terdiri daripada Sofwan dan Danny muncul juara program Awesome Raja Lawak 2022 pada pentas akhir yang telah bersiaran pada 9 November 2022.

Mereka menawaskan 5 finalist lain iaitu Se'eh, Mabo, Azhar, Sedare dan Manja. Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai utama sebanyak RM50,000 dan sebuah trofi.

BACASenarai 14 Peserta Awesome Raja Lawak 2022

Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan Se'eh yang sebelum ini telah mendapat imuniti dan terselamat dalam penyingkiran. Mereka membawa pulang RM25,000 dan sebuah trofi.

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Inilah yang berlaku kepada kumpulan Mabo yang medapat wild-card dan diserap semula untuk beraksi di final apabila memenangi tempat ketiga dengan hadiah kemenangan RM10,000 dan sebuah trofi.

Sementara di tempat keempat dan kelima ialah milik peserta solo, Azhar dan Sedare yang mana masing-masing membawa pulang trofi pertandingan. Manakala Manja berada di kedudukan terakhir iaitu di tempat keenam.

Pada pentas akhir yang bertemakan Bebas dan Muzikal Komedi itu, kesemua peserta perlu membuat dua tugasan dan mereka dinilai berdasarkan format penjurian 100 peratus daripada juri tetap iaitu Saiful Apek, Ayda Jebat dan Khir Rahman.

Program Awesome Raja Lawak telah ditayangkan di saluran Awesome TV sejak 7 September selama 10 minggu bersiaran setiap hari Rabu pada jam 9.00 malam dihoskan oleh pengacara Chiwan dan Nizam Jentik-Jentik di pentas utama. Manakala Kamalia Jamaludin mengacarakan di back stage.

Berikut merupakan kedudukan pemenang bagi program Awesome Raja Lawak 2022

  1. Sado
  2. Se'eh
  3. Mabo
  4. Azhar
  5. Sedare
  6. Manja

Tahniah kepada pemenang dan semua finalist!

Post a Comment

Previous Post Next Post