Senarai 14 Peserta Awesome Raja Lawak 2022

Senarai 14 Peserta Awesome Raja Lawak 2022

Program pencarian bakat lawak kini kembali! Jika dulu biasa pelawak lahir daripada program 'Raja Lawak' dan kini kembali menerusi stesen televisyen yang lain pula iaitu menerusi program 'Awesome Raja Lawak'

Sebanyak 14 peserta yang bakal bertanding bagi merangkul takhta juara untuk musim pertama. 4 peserta solo iaitu Azhar, Kanmani, Hanif dan Zunny. 6 peserta duo terdiri daripada kumpulan Soda, Se'eh, Sedare, Mabo, Manja dan Beduk. Manakala peserta trio pula ada 4 juga iaitu kumpulan Kacau, Semmat, Pelan dan Sesah.

BACA : Senarai Pemenang Awesome Raja Lawak 2022

Seramai 3 juri tetap yang akan mengadili para peserta dimana mewakili 70% dan 30% lagu daripada undian online. Mereka ialah Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat. Manakala Ajak Shiro, Atu Zero dan Tauke Jambu dilantik sebagai mentor bagi memberikan kelas bimbingan untuk para peserta.

Awesome Raja Lawak juga telah memberikan kepercayaan kepada Chiwan Cilok dan Nizam Jentik-Jentik untuk mengemudi pentas utama selaku pengacara program. Manakala Kamalia Jamaludin, pengacara baharu pula dilantik sebagai pengacara 'Back Stage' untuk program ini.

Setiap minggu, setiap peserta akan diberikan cabaran berbeza mengikut tema yang ditetapkan dan akan ada juga penyingkiran yang akan dibuat antara barisan peserta yang mendapat markah keseluruhan terendah.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi. Manakala untuk pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan memenangi RM25,000 dan RM15,000 juga beserta trofi.

Senarai Peserta Awesome Raja Lawak 2022

Jadi jangan lupa untuk saksikan program atau konsert mingguan Gelanggan Awesome Raja Lawak dimana akan bersiaran secara langsung dari Studio FINAS selama 10 minggu pada setiap hari Rabu, pada pukul 9.00 malam mulai 7 September 2022 di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Berikut merupakan senarai peserta 'Awesome Raja Lawak' 2022

Azhar

Azhar

Zunny

Zunny

Pelan

Pelan

Kanmani

Kanmani

Manja

Manja

Beduk

Beduk

Kacau

Kacau

Semmat

Semmat

Soda

Soda

Se’eh

Se’eh

Sedare

Sedare

Hanif

Hanif

Mabo

Mabo

Sesah

Sesah

Siapakah anda rasa akan menjuarai Awesome Raja Lawak untuk musim pertama kali ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post