Cara Tukar Username Shopee (Hanya Boleh Lakukan Sekali Sahaja)

Cara Tukar Username Shopee

Ketika mula-mula untuk daftar akaun Shopee, anda akan menerima satu username khas berbeza dengan orang lain dan akan digunakan selamanya. Tetapi untuk permulaan anda menerima username yang tidak menarik. Jadi anda nak tukar dan bagaimana caranya? Boleh ke?

Itu semua perkara normal, kebiasaanya kita akan menerima username yang tidak menarik iaitu gabungan antara huruf dan nombor. Anda tidak menggemarinya dan ingin tukar username tersebut. Tapi boleh ke? Adakah ianya dibenarkan?

Sebenarnya anda boleh tukar username Shopee tetapi hanya SEKALI sahaja. Jadi anda perlu fikir sebaiknya nama atau username apa yang akan digunakan. Jadi gunakanlah peluang itu untuk fikir dan tukar nama yang lebih menarik.

Cara Tukar Username Shopee

Tapi sekiranya anda ingin tukar nama dan tiba-tiba tidak berjaya. Mungkin username atau nama tersebut telah digunakan oleh orang lain. Ingat username ni semua orang lain tau. Tiada yang sama. Nak tahu caranya, boleh tengok dibawah:

  1. Buka aplikasi Shopee atau klik sini
  2. Pergi bahagian tab Me dan klik pada setting (ikon gear bahagian atas)
  3. Kemudian pilih Account & Security > pilih My Profile
  4. Kemudian masukkan new username dan klik Save
  5. Selesai

Untuk info bergambar, boleh rujuk dibawah

1.  Buka aplikasi Shopee > Me > pilih Setting (ikon gear) > klik Account & Security

Cara Tukar Username Shopee

2.  Kemudian piliha My Profile > masukkan username baru > klik Save

Cara Tukar Username Shopee

Jika permohonan username yang baru anda berjaya, anda akan dimaklumkan oleh pihak Shopee. Mungkin dalam beberapa minit sahaja.

Tetapi sekiranya, anda ingin tukar lagi username, anda perlu menghubungi Shopee Costumer Service untuk bantuan. Jadi anda boleh mohon terus ke staff Shopee. Info lanjut, boleh rujuk Help Center Shopee MY.

Post a Comment

Previous Post Next Post