Drama Cina Buta (Astro Ria)

Drama Cina Buta (Astro Ria)

Menyusuli Tiada Maaf Buatmu, drama Cina Buta akan mengisi slot Megadrama bermula 9 November 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama bersiri 18 episod yang bukan adaptasi novel ini merupakan terbitan Radius One Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin yang juga bertindak sebagai penulis skrip.

Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Nad Zainal, Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah, Norreen Iman, Anas Ridzuan, Didie Alias, Azhan Rani, Shamsul Ghau Ghau, Aman Aziz dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Cinta Buta

Drama 'Cina Buta' mengisahkan tentang Sharnaz dan Mia Sara merupakan pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an yang telah berkahwin selama lima tahun tetapi sering tidak sehaluan.

Mereka sering bergaduh dan pernah bercerai dua kali tetapi kerana cinta, mereka berdua berbaik semula. Suatu hari, Sharnaz menceraikan Mia Sara sekali lagi kerana marah namun pada kali ini mereka tidak dapat berdamai semula kerana ini merupakan perceraian mereka buat kali yang ketiga.

Selepas bercerai, Sharnaz mula sedar bahawa dia sangat menyayangi Mia Sara dan sangat cemburu apabila Mia Sara mula menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh kerana terdesak, Sharnaz bercadang untuk mendapatkan semula Mia Sara menerusi ‘Cina Buta’. Mia Sara menolak sekeras-kerasnya rancangan Sharnaz yang jelas mempermainkan agama.

Mia Sara kemudiannya bertemu dengan Aliff dan mengambil keputusan untuk mengahwininya untuk melupakan Sharnaz tanpa mengetahui yang sebenarnya dia adalah 'Cina Buta' yang telah diupah oleh Sharnaz untuk berkahwin dan menceraikan Mia Sara supaya dia dapat memilikinya kembali.

Namun dalam keinginan Aliff untuk menolong Sharnaz kembali bersama bekas isterinya, dia terjatuh cinta dengan Mia Sara. Adakah Aliff sanggup mengembalikan Mia Sara kepada Sharnaz selepas bibik-bibik cinta mula mukar antara mereka?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Cina Buta bermula 9 November 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama Cina Buta (Astro Ria)

Drama Cina Buta (Astro Ria)

Drama Cina Buta (Astro Ria)

Post a Comment

Previous Post Next Post