(Hingga Episod Akhir) Tonton Disini Drama Meletup Ketika Ini - Kampung People (2019)

Tonton Disini Drama Meletup Ketika Ini - Kampung People (2019)

Nampaknya sejak akhir-akhir ini tiba-tiba telah menarik ramai peminat tanah air bagi menonton drama TV3 iaitu Kampung People. Kalau dilihat di Twitter, Facebook sekarang ramai yang heboh dan menjadi trending ketika drama ini disiarkan di TV3. Setiap kali sedang ditayangkan, mesti trending. Menarik ke drama Kampung People ni?

Jika sebelum ini, rata-rata rakyat Malaysia disajikan dengan drama cinta tidak kira mana-mana slot drama di TV3, tetapi tidak kali ini. Slot Lestary kali ini TV3 mensajikan drama komedi yang kini tengah hangat diperkatakan di seluruh laman sosial. Kini mereka kembali ke Kampung dan menjadi Kampung People.

Warganet memuji setiap pelakon yang berlako di dalam drama tersebut. Mereka berlakon dan menjiwai setiap watak dengan baik dan sampai ke hati penonton terutamanya lawak daripada Mona (Elly Mazlien) dan anak beranaknya.

Slot Drama : Slot Lestari
Tayangan di TV3 : Setiap Rabu - Jumaat
Waktu : 9 malam - 10 malam
Episod : 13 Episod semuanya

Tonton Disini Drama Meletup Ketika Ini - Kampung People (2019)

Sinopsis Kampung People

Razif bekerja dengan Tuan Suhaimy iaitu di kedai yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Mereka mengaburi mata orang ramai dengan menjual buah-buahan di depan kedai mereka. Laila dan Amri merancang untuk menyambut ‘’anniversary’’ mereka yang segenap sebulan mereka ‘’couple’’ di kolej. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, tiba-tiba polis datang serbu kedai Tuan Suhaimy dan polis menangkap pekerja lain termasuk Razif untuk disoal siasat. Razif diugut dengan penjara selama 25 tahun jika tidak membuka mulut. Jika Razif mahu bekerjasama dengan Inspektor Shukri, dia akan diberikan identiti baru untuk lari daripada orang suruhan Tuan Suhaimy yang masih lagi bebas. Razif memberitahu Mona dan anak-anaknya yang mereka akan berpindah ke kampung dan semua orang mebantahnya, selepas mereka terdengar satu tembakan di luar rumah, barulah mereka merasakan apa yang terjadi kepada Razif adalah sesuatu yang serious. Mereka diberi identiti baru untuk menyamar dan menjadi Kampung People. Razif yang dulu sebagai accountant kini menyamar sebagai seorang pengusaha ladang jagung yang berjaya.

Barisan Pelakon: Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Reina Diana, Kamarul Eqifshah, Nam Ron, Dato' Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad, Shah Kimin, Haeriyanto Hassan, Azwan Razali.

Tonton Secara Online Drama Kampung People

Jika anda tidak berkesempatan untuk menonton di kaca televisyen di siaran TV3, anda juga boleh menonton secara online di Youtube Channel TV3MALAYSIA Official




Post a Comment

Previous Post Next Post