Drama Takdir Cinta Dhia (Astro Prima)

Drama Takdir Cinta Dhia Di Astro Prima

Menyusuli Cinta Hilang Kata, drama Takdir Cinta Dhia akan mengisi slot Tiara bermula 12 September 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang menerusi saluran Astro Prima 105 dan secara striming di Astro Go.

Drama bersiri 40 episod ini merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dengan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Dato' Aaron Aziz, Datin Elvina Mohamad, Shah Jaszle, Nada Nur Syuhada, Nazrief Nazri, Khalida Balqis, Faez Nick, Hanis Husna dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia

Drama Takdri Cinta Dhia mengisahkan tentang Dhia (Elvina Mohamad) yang ditunangkan dengan anak Encik Amran iaitu Huzair (Shah Jaszle) yang tidak sabar untuk berjumpa buat pertama kali.

Namun dalam perjalanan untuk bertemunya, mereka ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian bapanya dan Encik Amran.

Dhia tidak sempat untuk berjumpa dengan Huzair dan dibawa pulang ke rumah abang iparnya, Fayyad (Aaron Aziz) yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia.

Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Fayyad merupakan seorang ketua kumpulan samseng yang sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri, Tasha (Nada Nur Syuhada) telah berkahwin dengan Fikri (Nazrief Nazri), abang sulung kepada Dhia.

Tasha juga mempunyai perasaan dengki terhadap Dhia dan sering membuat kehidupannya yang kini sudah menjadi sebatang kara lebih sukar.

Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya.

Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia (Khalida Balqis) kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia.

Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Takdir Cinta Dhia bermula 12 September 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di slot Tiara Astro Prima, tonton secara On Demand atau strim secara online di Astro Go.

Drama Takdir Cinta Dhia Di Astro Prima

Drama Takdir Cinta Dhia Di Astro Prima

Post a Comment

Previous Post Next Post