Koleksi Pantun Hari Malaysia

Koleksi Pantun Sempena Hari Malaysia

Selain Hari Merdeka, Malaysia juga menyambut Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun. Jadi kalau nak bagi ucapan kepada rakan dan keluarga, apa kata sampaikan dalam bentuk pantun sahaja lebih unik kan.

Sambutan Hari Malaysia adalah untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Erti kata lain ianya menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Hari Malaysia Ke-59 untuk tahun 2022 masih menggunakan logo dan tema yang sama seperti Hari Kebangsaan iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Manakala Busana pakaian era 60-an dan etnik dipilih menjadi tema penyeti sambutan Hari Malaysia.

Senarai Pantun Hari Malaysia

Berikut merupakan antara ucapan pantun yang anda boleh gunakan untuk dikongsikan kepada rakan-rakan atau keluarga bagi menyerikan lagi sambutan kali ini.

⏩ Pelbagai Koleksi Sempena Hari Malaysia - Klik Sini

Pantun 1

Oh Malaysia Yang Disayangi
Dugaan Cabaran Silih Berganti
Sejarah Dikaji Tanpa Henti
Dunia Realiti Terus Dinikmati

Pantun 2

Putaran Waktu Terus Berjalan
Keharmonian Dikekalkan Diteruskan
Hati Disatukan Jiwa Digabungkan
Demi Malaysia Pengorbanan Diutamakan

Pantun 3

16 September Hari Malaysia
Hari Empat Belas Jadi Satu
Hidup Sekutu Naikkan Mutu
Empoh Hasil Rasa Sesama

Pantun 4

Alangkah Lembut Madu Akasia
Manfaat Tubuh Sihat Dan Kuat
Mari Menyambut Hari Malaysia
Hari Tertubuh Nusa Berdaulat

Pantun 5

Aman Bahagia Rakyat Sejahtera
Rakyat Sepakat Membawa Perpaduan
Pelbagai Kaum Mewarnai Malaysia
Malaysia Megah Di Puncak Kejayaan

Pantun 6

Permodenan Negara Di Ambang Persada
Yang Dinantikan Hampir Tiba
Menghampiri Menunggu Masa
Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Pantun 7

Sungai Malaysia Panjang Alirnya
Nak Berkisah Jawabnya Megah
Deras Di Hulu Aman Di Muara
Dulu Berjajah Kini Dah Megah

Pantun 8

Singgah Di Dahan Si Burung Belatuh
Dahan Yang Kuat Lagu Kukuh
16 September Malaysia Dibentuk
Berbilang Bangsa Kekal Utuh

Pantun 9

Harum Kemboja Bermayang Sari
Moleknya Melur Penambat Seri
Rakyat Berbilang Diikat Harmoni
Keluarga Malaysia Kekal Uniti

Pantun 10

Bunga Raya Kebangnya Satu
Berwarna Merah Tiada Tandingan
Malaysia Makmur Rakyat Bersatu
Ikatan Mesra Erat Perpaduan

Pantun 11

Keluarga Malaysia Teguh Bersama Tema Rasmi
Untuk Sambutan Hari Malaysia
Bersatu Teguh Berpecah Dibasmi
Negara Sejahtera Rakyat Berwasasan

Pantun 12

16 September Hari Malaysia
Disambutnya Penuh Dengan Keriangan
Rakyat Malaysia Amalkan Perpaduan
Ayuhlah Kita Teruskan Perjuangan

Pantun 13

Pergi Ke Hutan Mencari Rotan
Singgah Ke Sungai Memasang Jerat
Saling Sepakat Seiring Sejalan
Supaya Perpaduan Kekal Tererat

Pantun 14

Untung Berniaga Limaulah Bali
Dipesan Ulang Ke Pulau Jeju
Harap Semoga Kita Kembali
Jadi Gemilang Berdaya Maju

Pantun 15

Limaulah Kinta Berpangsa-Pangsa
Isinya Mewah Bukan Kepalang
Malaysia Kita Berbilang Bangsa
Bersatu Bawah Jalur Gemilang

Post a Comment

Previous Post Next Post