Tonton Drama Cinta Hilang Kata Di Astro Prima (Slot Tiara)

Drama Cinta Hilang Kata Di Astro Prima

Menyusuli Dendam Seorang Isteri, drama Cinta Hilang Kata akan mengisi slot Tiara bermula 18 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang menerusi saluran Astro Prima 105 dan secara striming di Astro Go.

Drama bersiri 40 episod yang diinspirasikan dari novel Cinta Hilang Kata karya Lily Haslina Nasir merupakan terbitan Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Kyoll Hamzah dengan nukilan skrip daripada PGRs Team sendiri.

Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Sophia Albarakbah, Shahz Jaszle, Iqram Dinzly, Nelissa Nizam, Liza Abdullah, Hariz Hamdan, Azhar Sulaiman, Syazwan Zulkifly, Aida Aris, Azri Iskandar, Talha Harith, Nadia Kesuma, Fadilah Mansur dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Cinta Hilang Kata

Drama Cinta Hilang Kata mengisahkan tentang Nurul Masmin (Sophia Allbarakbah) yang menjadi seorang penulis atau pengarang yang dikenali ramai ketika di universiti dengan sokongan teman lelakinya, Rain Akhtar (Shahz Jaszle).

Walaubagaimanapun, dia terkejut apabila ibunya bertegas agar dia berkahwin dengan Amirul (Iqram Dinzly), anak kepada Jah Gayah (Liza Abdullah) iaitu seorang pengasuh, dengan pujukannya.

Oleh kerana itu, Nurul mengikuti hasrat ibunya dan meneruskan perkahwinan itu, tanpa meyedari bahawa  perkahwinan itu sebenarnya adalah sebuah penipuan Jah Gayah untuk mengambil kekayaan keluarganya.

Jah Gayah sangat bencikan Nurul kerana cintanya pada ayah Nurul tidak berbalas. Perkahwinan kepada Nurul hanyalah pembukaan jalan kepada Jah Gayah untuk hidup dalam kemewahan semata-mata. Sepanjang perkahwinannya, Nurul tidak pernah berasa bahagia kerana semua yang dia lakukan adalah untuk menjaga hati ibunya sahaja.

Setelah kematian ibunya, Nurul tekad untuk bercerai. Tindakannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul pula menderita akibat terkena sihir yang dilakukan oleh ibu Sabirah, rakan sekerjanya yang cemburu dengan kehidupannya. Mujur Nurul mempunyai rakan baik seperti Ezra, Wanie dan Deena yang sentiasa ada disisinya.

Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma dengan apa yang pernah berlaku dan dia juga tidak mahu di gelar perampas. Bolehkah Nurul Masmin mencari cinta semula? Adakah kehidupannya akan menjadi bahagia?

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan Cinta Hilang Kata bermulai 18 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di slot Tiara Astro Prima 105, tonton secara On Demand atau strim secara online di Astro Go.

Drama Cinta Hilang Kata Di Astro Prima

Drama Cinta Hilang Kata Di Astro Prima

Post a Comment

Previous Post Next Post