Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM 23) Tahun 2022

Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM 23) Tahun 2022

Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) telah melabuhkan tirainya sekali gus telah mengumumkan keputusan dan pemenang bagi setiap kategori yang telah dipertandingkan dimana ianya berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBS), Selangor.

AIM merupakan anugerah utama dalam industri muzik di Malaysia anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Untuk edisi kali ini, sebanyak 21 kategori yang dipertandingkan dengan seramai 105 calon atau Top 5 bagi setiap kategori yang disenarai pendek menerusi markah juri.

BACA : Calon Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23) Tahun 2022

Antara kategori yang tersenarai seperti Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Video Muzik Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik dan banyak lagi. Manakala untuk kategori Lagu India Tempatan Terbaik terpaksa digugurkan dalam senarai.

Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Azad Jasmin bertanggungjawab sebagai pengacara sepanjang acara diadakan. Antara selebriti yang menyampaikan trofi ialah Wany Hasrita Khai Bahar, Mawi, Jaclyn Victor, Edrie Hashim dan ramai lagi

Selain itu penonton juga disajikan dengan persembahan daripada artis jemputan seperti Ella, Ernie Zakri, Hafiz Suip, Aina Abdul, Amir Masdi, Dato' Sri Siti Nurhaliza, Janna Nick, Liza Hanim, Nikki Palikat, Marsha Milan dan ramai lagi.

Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM) 23 disiarkan pada 11 September 2022, hari Ahad pada pukul 9.00 malam di saluran Astro Ria 104. Sebagai alternatif, anda juga boleh strim secara online melalui Astro GO atau secara On Demand.

Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM 23) Tahun 2022

Anugerah Sri Wirama

Mr Tan Su Loke

Lagu Terbaik

Goodbye Hello - Syamel & Ernie Zakri

Album Terbaik

Yonnyboii - Yonny (Deluxe Version)

Penerbit : Wolfy

Artis Baru Terbaik

Vanessa Reynauld - Buat Ku Sempurna

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

Arddley Nicholas - Pilu

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

Ernie Zakri - Sinar Mata Hati

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)

VE - Tunggu

Persembahan Vokal/Duo Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu

Shila Amzah & Liza Hanim - Bahagiankan Dia

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

Dayang Nurfaizah - Tudung Periuk

Arranger : Aubrey Suwito

Lagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

Tak Ingin Usai - Keisya Levronka

Lagu Cina Tempatan Terbaik

Wu Ren Qian Shou De Xin Fu - Uriah

Komposer : Uriah/Jia Wang

Penulis Lirik : Hong Jian Rui

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

Game Of Charades - Sophia Zuhri

Komposer : Sophia Zuhri

Penulis Lirik : Sophia Zuhri

Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik

Fun, Lust, Love - Late Night Frequency

Komposer : Moja LNF

Penulis Lirik : Moja LNF

Lagu R&B/Hip Hop Terbaik

CIAO - Joe Flizzow ft. MK, Jay Park

Komposer : Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions

Penulis Lirik : Joe Flizzow, Jay Park

Lagu Pop Terbaik

Goodbye Hello - Syamel Dan Ernie Zakri

Komposer : Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

Penulis Lirik : Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

Lagu Rock Terbaik

Tugu Ugut - Sekumpulan Orang Gila (SOG)

Komposer : Nazrin

Penulis Lirik : Ajim Juxta

Lagu Nasyid Terbaik

Linangan Laduni - Darwish

Komposer : Harry Khalifah

Penulis Lirik : Yabang Khalifah

Lagu Pop Etnik Terbaik

Adat Kasih - Ziha Salleh

Komposer : Aubrey Suwito

Penulis Lirik : Tinta

Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama

Bahagiakan Dia - Shila Amzah & Liza Hanim

Komposert : Aliff Iskandar

Penulis Lirik : Aliff Iskandar & Que Afiq

Video Muzik Terbaik

Janna Nick - Gatal

Pengarah : Chuan Looi

Rakaman Album Terbaik

Dayang Nurfaizah - Belagu

Jurutera Bunyi - Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito

Rakaman Lagu Terbaik

Dayang Nurfaizah - Tudung Periuk

Jurutera Bunyi - Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito

Kulit Single/Album Terbaik

Ziha Salleh - Adat Kasih

Pereka : Patrick Leong Kok Soong

Sekiranya anda ingin ketahui senarai penuh Top 5 bagi kesemua kategori atau anugerah yang dipertandingkan, anda boleh baca di pautan berikut: Senarai Calon Top 5 Anugerah Industri Muzik (AIM 23) 2022

Post a Comment

Previous Post Next Post