Drama Ash Dan Aish

Drama Ash Dan Aish

Menyusuli Jodohku Babysitter, drama Ash Dan Aish akan mengisi slot Megadrama bermula 10 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama bersiri 21 episod yang diinspirasikan dari novel Ash Dan Aish karya Maya Adira merupakan terbitan Suhan Movies & Trading, diarahkan oleh Helmi Yusof dengan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

Naskah ini menampilkan pelakon seperti Meerqeen, Siti Khadijah Halim, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Norreen Iman, Asha Merican, Idzham Ismail, Harrisa Adlynn, Andy Teh, Nada Syuhada, Jaja Illyen, Zarina Zainuddin, Zainol Macwilson, Arash Mohd, Kuza, Syahir Shafein,  Zizi Zulkifli dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Ash Dan Aish

Ash Dan Aish mengisahkan seorang gadis kampung bernama Aisha, yang berhati kental. Semua ahli keluarga dia meninggal dunia dalam satu kemalangan dan dia hampir dicabul oleh suami mak saudaranya sendiri yang tamak dengan harta keluarga Aisha. Dia melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.

Ashrafi, pemuda misteri yang selalu membeli lollipop dan makanan kucing di kedai serbaneka tempat Aisha bekerja. Disebabkan kesempitan hidup di kota raya, Ash mempelawa Aisha bekerja di café milik Ash sendiri. Aisha menerima tawaran Ashrafi untuk bekerja kat sana.

Uniknya Sanctuary cafe, pekerja- pekerja di sana sebenarnya mempunyai kisah hitam masing-masing dan mereka diberi peluang oleh Ashrafi untuk membina hidup baru.

Dalam nada bergurau, Aisha menawarkan diri untuk menjadi isteri Ashrafi supaya dia tidak perlu sentiasa membantunya mencari tempat tinggal. Cadangan Itu rupanya diambil serius oleh Ashrafi.

Mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Malangnya Ashrafi kemalangan dan koma. Sewaktu di hospital, Aisha terkejut melihat Ashrafi bangun dan bercakap seperti biasa.

Namun apa yang Aisha lihat ternyata hanya roh Ashrafi sahaja. Disebabkan itu Ashrafi meminta Aisha untuk menolongnya sedar dari koma.

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan Ash Dan Aish bermula 10 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, 10.00 malam menerusi slot Megadrama Astro Ria 104 atau di Astro Go.

Drama Ash Dan Aish

Drama Ash Dan Aish

Post a Comment

Previous Post Next Post