Senarai Pakaian Tradisional Di Malaysia Mengikut Negeri

Senarai Pakaian Tradisional Di Malaysia Mengikut Negeri

Senarai Pakaian Tradisional Di Malaysia Mengikut Negeri

Inilah keunikan Malaysia apabila setiap kaum di setiap negeri mempunyai adat dan budaya yang unik masing-masing. Antaranya adalah pakai tradisional dimana setiap negeri memiliki busana tersendiri.

Walaupun dengan pelbagai perbezaan budaya tetapi rakyat Malaysia hidup harmoni dan pastinya kita dapat pelajari banyak budaya daripada yang lain sekali gus akan merasakan kecintaan kepada tanah air sendiri.

Setiap negeri di Malaysia bermula dari Perlis ke Sabah dan sehinggalah Sabah dan Sarawak, pelbagai suku kaum yang terdapat di dalamnya. Daripada suku kaum itulah, mereka memiliki pakaian tradional tersendiri yang indah baik untuk busana lelaki dan wanita.

{tocify} $title={Table of Contents}

Senarai Pakain Tradional Di Malaysia

Jadi untuk itu, jom kita lihat sendiri pakaian tradional yang mewakili suku kaum di Malaysia mengikut negeri untuk busana lelaki dan wanita.

Johor

Pakaian Tradisi Johor

[Busana Lelaki]

Pakaian - Songkok, Baju Melayu Teluk Belanga dan Samping

⏩ Dapatkan Baju Teluk Belanga Disini

  • Baju Melayu Teluk Belanga yang biasanya dipakai sedondon ini berkocek tiga dan labuhnya hingga ke paras punggung. Samping pula dipakai di sebalah dalam baju
  • Baju ini dipadankan dengan songkok tinggi dari material keras dan fabrik baldu berwarna hitam
  • Pemakaian samping pada zaman dahulu adalah bertujuan untuk menjaga aurat dan maruah seseorang lelaki

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Baju Kurung Teluk Belanga, Sibai dan Kain Dagang Luar

  • Baju Kurung Teluk Belanga disifatkan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Baju ini dipadankan dengan kain sarung ikatan Ombak Mengalun atau disebut juga ikatan berombak.
  • Cucuk Sanggul dipakai sebagai aksesori utama bagi wanita Melayu. Pada zaman dahulu, cucuk sanggul yang dipakai ini adalah juga sebagai senjata untuk mempertahankan diri.
  • Kain Dagang Luar dipegang di paras pinggang dan apabila muncul di khalayak ramai, kain ini dijadikan kain kelubung yang menutup kepala

Kedah

Pakaian Tradisi Kedah

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Cekak Musang, Bengkong, Pending dan Samping

  • Baju Melayu Cekak Musang dari material songket, berbutang lima, bersamping songkek dan kadangkala dipadankan juga dengan Baju Sikap di bahagian luar
  • Busana turut dipadankan dengan pemakaian setanjak dari fabrik songket

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Baju Kedah & Kain Songket dan Selendang

  • Baju Kurung Kedah dari fabrik songket bunga tabur. Kainnya pula dari songket dengan corak jalur berdiri berwarna hijau dan kuning.
  • Ia diserikan lagi dengan selendang songket juga dari motif bunga tabur
  • Turut dilengkapi dengan rantai leher dan gelang tangan sementara sanggul pula dihiasi dengan cucuk sanggul dan bunga kecil bagi menampakkan manis si pemakai

Kelantan

Pakaian Tradisi Kelantan

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Cekak Musang, Baju Sikap dan Samping

  • Pakaian yang dikenali sebagai Baju Putera Raja yang terdiri dari Baju Sikap dari fabrik songket
  • Baju ini dilengkapkan dengan samping limar atau songket ikatan pancung
  • Tanjak yang dipakai adalah dari Ikatan Garam Sebuki atau Getam Budu

[Busana Wanita]

Pakaian - Demeleh (Mahkota)/Demanis Dahi, Sunting Mala & Cucuk Sanggul Berjurai, Dokoh, Kain Kembang (Kain tutup dada - Punca Potong), Tali Pinggang & Pending, Gelang Tangan, Kain Kelubung/Selendang, Kain Sarung (Songket Ikan Seribu Pancung) dan Gelang Kaki.

Dapatkan Taling Pinggan Disini

  • Cik Siti Wan Kembang berpakaian kain songket panjang yang dibelit sebagai kain sarung
  • Kain limar punca potong dililit kemban jantan dan dikemaskan dengan tali pinggang serta pending
  • Turut dilengkapkan dengan selendang panjang songket Jong Sarat sebagai penutup bahu

Melaka

Pakaian Tradisi Melaka

[Busana Lelaki]

Pakaian - Dester, Baju Sikap, Baju Melayu Cekak Musang dan Samping

  • Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang yang berkocek tiga dan labuhnya hingga ke paras punggung. Manakala samping pula dipakai di sebelah luar baju.
  • Samping yang dipakai labuh dibawah paras lutut bermaksud lelaki itu sudah berkahwin manakala di atas paras lutut pula bermaksud lelaki itu masih bujang
  • Destar dipakai sebagai hiasan di kepala

[Busana Wanita]

Pakaian - Sanggul Lintang, Lapik Dada/ LA, Baju Kurung Teluk Belanga

  • Baju Kurung Teluk Belanga berpotongan labuh dan longgar. Ia dipadankan dengan kain sama ada jenis batik, songket atau sutera.
  • Kain ini pula diikat dengan ikatan yang dipanggil Ombak Mengalun
  • Hiasan kepala bagi wanita di panggil Sanggul Lintang. Ia dinamakan sedemikian kerana perletakan dan bentuk sanggul itu melintang di atas kepala
  • Dada dihiasi Sibar Layak atau lapik dada dari fabrik baldu bertekat manik dan labuci

Negeri Sembilan

Pakaian Tradisi Negeri Sembilan

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Cekak Musang dan Samping

  • Lelaki memakai pakaian adat pembesar Minangkabau atau Aceh. Baju dihiasi dengan sulaman benang emas di leher dan lengan baju
  • Seluar berkaki lebar, memakai samping dari fabrik tenun. Dilengkapkan dengan setanjak ikatan Dendam Tak Sudah

[Busana Wanita]

Pakaian - Sunting Negeri Sembilan, Lapik Dada dan Baju Kurung

  • Wanita memakai baju Kurung Teluk Belanga yang dipadankan dengan kain sarung dari fabrik songket tenun bunga penuh. Kain ini berasal sama ada dari Pantai Sikek atau dari Batu Bara di Sumatera
  • Bagi wanita bangsawan berketurunan Minangkabau, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas bertakhtakan labuci
  • Hiasan kepala dipanggil Sunting dan dilengkapkan dengan lapik dada dari fabrik baldu berlekat manik dan labuci

Pahang

Pakaian Tradisional Pahang

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Cekak Musang dan Samping

  • Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang berbutang lima dari fabrik songket bunga tabur
  • Memakai samping yang diperbuat dari fabrik songket tenun Pahang dan dipakai dengan cara ikatan negeri Pahang
  • Digayakan dengan tanjak jenis Ikatan Lang Menyongsong Angin atau Sekelongsong Bunga

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Baju Kurung Riau Pahang dan Selendang

  • Baju Kurung Riau Pahang dikenali juga sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki
  • Potongan di kedua-dua bahagian tepi baju ini berpesak kembang yang disambungkan dengan kekek gantung
  • Baju ini turut dipadankan dengan selendang panjang dari fabrik songket tenun

Perak

Pakaian Tradisional Perak

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Cekak Musang, Bengkong, Pending dan Samping

  • Baju Melayu Cekak Musang dari material songket, berbutang lima, berbengkong & memakai samping ikatan gaya Perak (Ikat Pancung)
  • Busana dipadankan dengan pemakaian tengkolok solek Ayam Patah Kepak

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul Goyang & Jurai, Pemanis Dahi, Baju Puteri Perak Berseluar Aceh, Dokoh, Pending dan Selendang

  • Pakaian ini dikenali sebagai Pakai Puteri Perak yang asalnya merupakan pakaian rasmi puteri-puteri kesultanan Perak
  • Ia dipakai bersama samping ikatan cara Perak dan disesuaikan dengan selendang panjang dari fabrik songket bunga penuh

Perlis

Pakaian Tradisional Perlis

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Cekak Musang, Bengkong, Pending dan Samping

  • Baju Melayu Cekak Musang berbutang lima dipadankan dengan samping serta tanjak dari fabrik songket
  • Ia biasa juga dilengkapkan dengan Baju Sikap di bahagian luar.

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Baju Kebaya dan Selendang

  • Baju Kebaya Labuh Perlis berpotongan moden yang berbelah di hadapan.
  • Baju Kebaya ini turut diserikan dengan pemakaian kerongsong di bahagian lipatan hadapan baju
  • Pelbagai material selalu digunakan seperti fabrik songket yang biasa dipakai oleh golongan bangsawan

Pulau Pinang

Pakaian Tradisional Pulau Pinang

[Busana Lelaki]

Pakaian - Tarbus, Baju Bush Jaket dan Samping

  • Lelaki memakai pakaian cara barat seperti bush jaket yang dipadankan dengan samping bercorak tapak catur dan tarbus. Pakaian yang biasa digemari oleh kaum Melayu Peranakan

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Selendang, Baju Kebaya Pendek dan Kain Batik

  • Wanita memakai Baju Kebaya Sulam dengan kain batik dan selendang yang menjadi kegemaran kaun Nyonya dan Chettiar
  • Baju ini lazimnya disulam dengan motif bunga-bungaan dan dihiasi dengan kerongsong

Sabah

Pakaian Tradisional Sabah

[Busana Lelaki]

Pakaian - Dastar/Sigal, Baju Kadazan Papar/Sia dan Ikat Pinggang

⏩ Dapatkan Baju Kadazan Disini

  • Pakaian lelaki Kadazan Papar yang berlengan panjang disebut sebagai Sia dan dipadankan dengan seluar panjang dari kain baldu
  • Pakaian dihiasi dengan renda emas di beberapa bahagian baju dan seluar
  • Hiasan kepala dari kain tenun Sabah yang dipanggil Sigal dan memakai ikan pinggang dari kain tenun atau batik

[Busana Wanita]

Pakaian - Topi Papar/Siung, Baju Kadazan Papar/Sia, Tali Pinggang dan Kain/Gonob

⏩ Dapatkan Taling Pinggan Disini

  • Wanita Kadazan Papar memakai baju dari kain baldu separas pinggang yang dikenali sebagai Sia
  • Baju ini dipadankan bersama kain paras lutut yang dipanggil Gonob
  • Di bahagian kepala dihiasi dengan topi Papar/Siung dan memakai aksesori tali pinggang syiling Perak

Sarawak

Pakaian Tradisional Sarawak

[Busana Lelaki]

Pakaian - Bulu Burung Kenyalang, Ketapu Rotan, Ketapu Perak, Tenggak Manis dan Kukut Beruang, Taring, Baju Gagung/Bulu, Tumpa/Gelang Lengan, Baju Burung, Lampit/Tali Pinggang Perak, Sirat dan Tumpa Betis

⏩ Dapatkan Baju Sarawak Disini

  • Lelaki Iban memakai Baju Burung dari kain tenun Pua Kumbu sementara di bahagian luar memakai Baju Gagung/Bulu
  • Turut memakai cawat yang menutupi bahagian hadapan dan belakang punggung (Sirat)

[Busana Wanita]

Pakaian - Sugu Tinggi, Sugu Rengkap, Lapik Dada Manis, Selampai, Lampit/Tali Pinggang Perak, Rawai/Syiling Perak, Tumpa/Gelang Tangan, Kain Karap/Skirt dan Tating Kain.

⏩ Dapatkan Taling Pinggan Disini

  • Wanita Iban memakai selempang yang menutupi dada (Selampai) dan dilengkapkan dengan lapik dada sulaman manis
  • Turut memakai skirt (Kain Karap) yang diperbuat dari kain tenun Pua Kumbu
  • Hiasan kepala dikenali sebagai Sugu Tinggi dan Sugu Rengkap yang biasanya diperbuat daripada perak

Selangor

Pakaian Tradisional Selangor

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Cekak Musang dan Samping

  • Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang berbutang lima
  • Fabriknya dari songket bunga tabur berwarna kuning Diraja dan dipadankan dengan samping dari fabrik songket
  • Setanjak sebagai pelengkap pakaian pula adalah dari jenis ikatan Balung Raja

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Baju Kebaya dan Selendang

  • Baju Kebaya Labuh Selangor atau di panggil The Malay Dress ini dipadankan dengan kain sarung songket dan biasanya dipakai dalam majlis keraian.
  • Busana ini dilengkapkan dengan selendang dari fabrik songket ataupun sifon

Terengganu

Pakaian Tradisional Terengganu

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Teluk Belanga dan Samping

  • Lelaki memakai baju Melayu Teluk Belanga dari fabrik songket bunga tabur berbenang emas
  • Memakai samping dari fabrik songket bunga penuh dan dilengkapkan dengan bengkong di pinggang
  • Tanjak yang dipakai adalah Ikatan Laksamana Terengganu

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Selendang dan Baju Kurung

  • Wanita memakai Baju Kurung berpesak dari fabrik songket tenun bunga tabur Terengganu yang dihasilkan dari benang emas
  • Dipadankan dengan selendang panjang dari material songket bunga tabur berbenang emas
  • Memakai rantai leher dan gelang tangan sebagai pelengkap pakaian ini. Manakala cucuk sanggul dan bunga turut dipakai sebagai pemanis

Wilayah Persekutuan

Pakaian Tradisional Wilayah Persekutuan

[Busana Lelaki]

Pakaian - Tanjak, Baju Melayu Cekak Musang dan Samping

  • Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang berbutang lima dari fabrik songket bunga tabur
  • Dipadankan dengan samping juga dari fabrik songket dan tanjak ikatan kreatif

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Selendang dan Baju Kebaya

  • Wanita memakai Baju Kebaya Labuh potongan moden yang berbelah di bahagian hadapan. Materialnya pula dari fabrik songket bunga tabur.
  • Turut dipadangkan dengan selendang sebagai pelangkap

Kesemua infografik ini diambil daripada sumber Bahagian Seni Reka, Istana Budaya di www.istanabudaya.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post