Tonton Drama Jodohku Babysitter Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Drama Jodohku Babysitter Di Astro Ria

Menyusuli Terlafaznya Akad 2, drama Jodohku Babysitter akan mengisi slot Megadrama bermula 6 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di Astro Ria 104, secara On Demand dan strim di Astro Go.

Drama bersiri 20 episod diinspirasikan daripada novel dengan tajuk yang sama 'Jodohku Babysitter' karya Nureen Ahmad ini merupakan terbitan Juita Viden Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hadith Omar dengan nukilan skrip daripada panel Kota Cerita.

Karya ini menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Ellyza, Sharifah Shahora, Aleza Shadan, Nina Juren, Isaac Iman, Natasha Nazira dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Jodohku Babysitter

Drama Jodohku Babysitter mengisahkan tentang kisah cinta yang tidak diduga antara seorang duda iaitu Adam Farhan (Aliff Aziz) yang mempunyai dua orang anak, Adib dan Airisya dengan seorang wanita bergayakan tomboy, Adelia Faranisa (Intan Najuwa).

Adel dan Adam ada masalah tersendiri. Adel dengan masalah kerjanya, Adam pula menghadapi masalah menjaga anak-anaknya selepas bercerai dengan Atikah (Yuna Rahim).

Selepas beberapa pertemuan yang berakhir dengan pergaduhan, Adam tidak yakin Adel boleh menjaga anak-anaknya. Namun, kehadiran Puan Sri Kirana (Aleza Shadan) yang ingin mengambil cucunya, Adib telah membuatkan Adam berang.

Adel yang menghalang keadaan, telah membuka mata Adam terhadapnya. Atas nasihat ibunya, Adam akhirnya melamar Adel. Bagaimanapun, perkahwinan mereka terus diganggu oleh bekas ibu mertuanya, Puan Sri Kirana.

Hubungan Atikah dan Amri pula tidak seperti yang disangka kerana dia seorang kaki perempuan. Atikah bertindak membunuh Amri sehingga dia sendiri trauma. Puan Sri Kirana mengambil keputusan untuk meminta bantuan Adam untuk menyelamatkan anaknya yang trauma.

Adam terpaksa berbohong kepada Adel demi membantu bekas isterinya. Dia sanggup menipu untuk melihat Atikah sembuh kerana dialah ibu kepada anak-anaknya. Namun, tipu daya Adam telah dihidu oleh Adel.

Konflik memuncak apabila Atikah menyangka Adam curang terhadapnya dengan Adel tanpa mengetahui keadaan sebenarnya. Lantas Atikah bertekad untuk membunuh Adel. Apakah akan terjadi kepada pasangan ini? Adakah kebahagiaan menanti Adam dan Adel kelak?  

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Jodohku Babysitter bermula 6 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104.

Drama Jodohku Babysitter Di Astro Ria

Drama Jodohku Babysitter Di Astro Ria

Post a Comment

Previous Post Next Post