Drama Biarkan Ia Pergi

Drama Biarkan Ia Pergi

Menyusuli Tarik Aku Ke Syurga, drama Biarkan Ia Pergi akan mengisi slot Samarinda bermula 11 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar pada hari yang sama lebih awal daripada siaran di TV3.

Drama bersiri 20 episod yang diiinspirasikan dari novel Biarkan Ia Pergi karya Liza Nur merupakan terbitan SR One Sdn Bhd, diarahkan oleh Fairuz Loy dengan nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan dan Liza Nur.

Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Isyariana, Amar Baharin, Mior Darwish, Asha Merican, Zaki Azeman, Hariz Hamdan, Idzham Ismail, Lia Natalia, Sabhi Saddi, Hafidzuddin Fazil, Zulkifli Ismail dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi

Biarkan Ia Pergi mengisahkan Allisa (Isyariana) iaitu seorang gadis yang lahir dari keluarga miskin merantau jauh dibumi Australia demi segulung ijazah. Teman serumahnya, Fara (Asha Merican) dilahirkan dari keluarga berada merupakan teman baiknya.

Walaupun Fara mempunyai rupa paras yang jelita namun ianya tidak mampu membuat Izani terpaut hati terhadapnya. Cinta Izani hanya buat Allisa. Haris (Idzham Ismail) yang menyintai Fara sejak dari zaman persekolahan dikecewakan Fara kerana cintanya hanya untuk Izani.

Zaquan (Amar Baharin) teman baik Haris begitu marahkan Elina sepupu Fara yang mana disebabkan cinta Aidil terhadap Elina telah membuat Aidil cuba membunuh diri dek kerana kecewa.

Zaquan yang bedendam mula menjejaki Elina. Bertemu dengan Badri yang sedang asyik berpeleseran bersama Fara membuat amarah Zaquan terus membara. Zaquan cuba mendapatkan maklumat Elina dari Fara yang berkeras cuba untuk melindungi sepupunya itu.

Disaat Zaquan mendapat maklumat yang dikehendaki itulah dia telah terminum minuman yang telah bercampur dadah yang cuba Badri (Hariz Hamdan) berikan kepada Fara.

Allisa yang diminta menghantarkan baju ke rumah Elina telah menjadi mangsa keadaan dimana dia yang disangka Elina diculik kuncu-kuncu Haris. Zaquan yang telah dipengaruhi dadah telah memperkosa Elina tanpa sedar. Akibat dari kejadian itu juga Allisa menjadi hilang punca, Izani membencinya dek fitnah Fara.

Sekembali ke tanah air, Allisa cuba melupakan sejarah hitam walaupun hatinya terluka. Tanpa disangka akibat peristiwa itu juga dirinya mengandung. Dia dibuang orang tua kerana malu.

Berdepan dengan masa depan yang kelam Allisa bertatih membina kehidupan bersama anak yang dilahirkan tanpa mengenali insan yang telah membuat onar terhadapnya.

Zaquan yang menyedari kesilapan yang dilakukan terhadap Allisa cuba mencari Allisa demi menebus kembali kesilapannya serta mengambil Allisa sebagai isteri dan ibu kepada anaknya.

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan Biarkan Ia Pergi bermula 11 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 atau di Disney+ Hotstar.

Drama Biarkan Ia Pergi

Drama Biarkan Ia Pergi

Drama Biarkan Ia Pergi

Post a Comment

Previous Post Next Post