Senarai Peserta Ceria Popstar Xtra 2022

Senarai Peserta Ceria Popstar Xtra 2022

Program realiti tv bakat nyanyian untuk si cilik kini kembali dan bakal menghiasi hari minggu anda. Kali ini ianya dikenali dengan Ceria Popstar Xtra yang masih juga ditayangkan menerusi saluran nombor 1 kanak-kanak, Astro Ceria.

Program ini bakal bersiaran selama 8 minggu mulai 29 Jun 2022, pada setiap hari Rabu, pukul 9.00 malam di Astro Ceria 611, menerusi On Demand dan juga boleh strim secara online di Astro Go yang mana kali ini menampilkan elemen baru iaitu 'gaming' dengan format asal dikekalkan.

Ceria Popstar Xtra 2022 bakal mengetengahkan bakat adik-adik yang mana berkebolehan untuk bernyanyi disamping mempersembahkan kreativiti persembahan setiap minggu. Merekalah bakal menjadi pelapis dalam industri seni negara di masa akan datang.

Untuk edisi kali ini, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein (Kak Lina Pompom) ditugaskan untuk mengecarakan program ini. Manakala Johan dan Mas Idayu ditugaskan sebagai juri tetap bagi mengadili setiap 10 peserta setiap minggu.

Lebih menarik, dengan mengikut tema 'gaming' untuk kali ini, akan ada karakter misteri yang dikenali sebagai C-X yang juga ditugaskan sebagai juri misteri dimana hanya suara dan animasi di skrin sahaja ditunjukkan. Identitinya hanya akan didedahkan pada minggu ke-7 program ini bersiaran.

BACASenarai 10 Peserta Program Ceria Popstar 2021

Jadi siapakan 10 peserta yang berjaya melangkah ke Ceria Popstar Xtra untuk tahun 2022 bagi merebut gelaran Juara dan hadiah wang tunai utama bernilai RM20,000.

Senarai Peserta Ceria Popstar Xtra 2022

Senarai Peserta Ceria Popstar Xtra 2022

Jom kenali 10 peserta Cerita PopStar Xtra kali ini:

#1 - Zaki Yamani

Zaki Yamani

Nama : Ahmad Zaki Yamani Bin Jamal Ubaidillah
Umur : 16 tahun
Asal : Kajang, Selangor
Instagram : @zakiyamani._

Trivia

  • Anak kepada penyanyi pop Malaysia, Jamal Abdillah
  • Pernah memasuki All Together Now Malaysia
  • Mempunyai single pertama, Percayaku bersama Bibi Qairina

#2 - Dhiyaa

Dhiyaa

Nama : Dhiyaa Raidah Alisha Binti Ruzaimi
Umur : 11 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Instagram : @dhiyaa_raidah

Trivia

  • Pandai menyanyi dan menari
  • Pernah berlakon sebagai extra dalam drama Dia Bukan Bidadari

#3 - Faleeq

Faleeq

Nama : Said Faleeq Bin Mohd Fareez
Umur : 8 tahun
Asal : Puchong, Selangor
Instagram : @faleeqgrowingupadventure

Trivia

  • Peserta terkecil dan termuda dalam Ceria PopStar Xtra 2022
  • Pernah menjadi model untuk Runaway Cheetah
  • Pelakon drama dan juga TVC

#4 - Dilla

Dilla

Nama : Putri Nur Fadillah Binti Abdul Rahim
Umur : 15 tahun
Asal : Merlimau, Melaka
Instagram : @dilla_official.07

Trivia

  • Datang dari keluarga yang sangat susah, tetapi ingin berjaya dalam program ini
  • Minat Kpop dan suka rap serta menari Kpop
  • Meminati Sean Lee, Dolla, Misha Omar, Jackly Victor dan Siti Nurhaliza

#5 - Amani

Amani

Nama : Zuhairah Amanina Farhanah Binti Mohamad Faudzi
Umur : 12 tahun
Asal : Pasing Gudang, Johor
Instagram : @zuhaira_amani

Trivia

  • Pernah menjadi johan pertandingan karaoke terbuka
  • Fobia dengan lipan
  • Cita-cita ingin menjadi Guru Muzik (Vokal)

#6 - Marsha

Marsha

Nama : Nur Marsha Auni Zahira Binti Mohd Rizal Fuadzam
Umur : 13 tahun
Asal : Selayang, Selangor
Instagram : @adikmarsha

Trivia

  • Mempunyai suara serak basah seperti Ella
  • Pernah viral busking di Bukit Bintang
  • Busking memberi semangat beliau untuk menjadi penyanyi
  • Memiliki sepasang mata berwarna coklat asli

#7 - Dinda Dania

Dinda Dania

Nama : Dania Zafirah Binti Sulaiman
Umur : 17 tahun
Asal : Sepang, Selangor
Instagram : @dindadania_official

Trivia

  • Ada band sendiri dan mempunyai 5 ahli
  • Finalis Bintang Kecil RTM2016 (Wakil Negeri Sembilan) & Peringkat Kedua Ceria Online Star
  • Fobia badut dan anjing
  • Berpewatakan 'boyish' dan lebih selesa berkawan dengan lelaki

#8 - Damia

Damia

Nama : Fathin Nur Insyierah Damia Binti Mohamad Khalil
Umur : 16 tahun
Asal : Taiping, Perak
Instagram : @damiaofficial5

Trivia

  • Protege Harry Khalifah
  • Single pertam Pasrah dengan 15 juta tontonan
  • Pernah viral sebab video menyanyi dengan Apak 2.1 juta views

#9 - Ariff

Ariff

Nama : Ariff Hilmy Bin Muhammad Amir
Umur : 17 tahun
Asal : Klang, Selangor
Instagram : @ariffhilmy._

Trivia

  • Anak saudara Yazi Zakaria iaitu seorang Konduktor Orkestra Istana Budaya
  • Suka mengumpul boots dan hanya mampu beli boots bundle sahaja
  • Pernah bekerja sambilan di program Shopee pada tahun 2022

#10 - Iqmal Romi

Iqmal Romi

Nama : Muhamad Nur Iqmal Bin Romizan
Umur : 17 tahun
Asal : SImpang Pertang, Negeri Sembilan
Instagram : @iqmalromi._

Trivia

  • Pandai menari dan bermain gitar
  • Mempunyai suara seakan Haqiem Rusli
  • Bercita-cita ingin menjadi penyanyi dan membantu keluarga


Siapakah yang bakal menjadi juara dalam program Ceria PopStar Xtra 2022 kali ini? Jadi 'Game On!'

Sumber : bm.syok.my

Post a Comment

Previous Post Next Post