Dinda Amani Dinobatkan Juara Ceria Popstar Xtra 2022. Ini Senarai Penuh Pemenang

Senarai pemenang Ceria Postar Xtra 2022

Sudah tiba di konsert akhir apabila Dinda Amani telah dinobatkan sebagai Juara Ceria Popstar Xtra 2022 mengalahkan 3 lagi finalist pada malam tersebut yang juga merupakan MVP Star Of The Week.

Pentas akhir Ceria Popstar Xtra telah berlangsung pada 17 Ogos 2022, hari Rabu pada jam 9.00 malam di Astro Ceria 611. Pada malam tersebut 4 peserta bertanding bagi merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang hadiah wang utama sebanyak RM20,000, langganan Wifi Kencang selama setahun dan trofi.

Manakala untuk Naib Juara, Tempat Ketiga dan Tempat Keempat masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, RM5,000 dan RM3,000 beserta langganan Wifi Kencang selam setahun dan trofi.

BACA : Senarai Peserta Ceria Popstar Xtra 2022

Kesemua finalist iaitu Dinda Dania, Iqmal, Damia dan Amani telah diadili oleh 4 juri iaitu Mas Idayu dan Johan sebagai juri tetap. Manakala Mira Filzah dan watak C-X sebelum ini iaitu Haqiem Rusli sebagai juri jemputan. Nabil Ahmad dan Elly Mazlein bertindak sebagai pengacara selama program berlangsung.

Ceria Popstar Xtra 2022 dengan menampilkan 10 peserta telah berlangsung selama 8 minggu yang bersiaran setiap hari Rabu bermula 29 Jun 2022 pada jam 9.00 malam di saluran Astro Ceria 611 dan juga di Astro Go.

Senarai Pemenang Ceria Popstar Xtra 2022

Berikut merupakan senarai pemenang bagi program nyanyian cilik Ceria Popstar Xtra 2022

Juara - Dinda Dania 

Naib Juara - Iqmal

Tempat Ketiga - Damia

Tempat Keempat - Amani

MVP Of The Week - Dinda Dania

Dinda Dania juara Ceria Popstar Xtra 2022

Post a Comment

Previous Post Next Post