Selepas Buat Pembelian. Bila Kita Akan Terima Shopee Coins?

Selepas Buat Pembelian. Bila Kita Akan Terima Shopee Coins?

Shopee Coins sebenarnya antara pemangkin terbesar untuk pengguna untuk terus membeli atau menggunakan platform Shopee. Ianya seperti cashback tetapi dalam bentuk coins yang boleh ditebus kemudian.

Kebiasaanya Shopee Coins adalah tawaran yang diberi oleh seller atau penjual bagi menarik minat pembeli atau buyer beli di kedai Shopee mereka.

Tetapi selain itu, Shopee sendiri juga ada menawarkan Shopee Coins untuk waktu-waktu tertentu terutamanya ketika kempen jualan (payday sale, 9.9, 11.11, Raya Sale dan sebagainya)

Cara Dapatkan Shopee Coins

Shopee Coins boleh diperoleh daripada pembelian menerusi baucer coins cashback seperti 10% cashback vouchers dan seller cashback voucher sama ada daripada Shopee Mall, Preferred+ seller, Preferred Seller atau seller biasa yang sertai program Coins Cashback.

Bila Kita Akan Terima Shopee Coins?

Jadi sekiranya kita beli barangan menerusi seller yang tersenarai dalam program coins cashback tersebut, bila kita boleh dapat Shopee Coins tersebut?

Shopee Coins yang diperoleh daripada pembelian akan dikreditkan atau diberikan kepada anda selepas pesanan anda lengkap atau completed. Sekiranya barang anda sudah sampai dan anda tekan butang 'Order Received' pada bahagian To Received, anda akan diberikan Shopee Coins tersebut.

Selepas Buat Pembelian. Bila Kita Akan Terima Shopee Coins?

Sekiranya pesanan anda masih belum sampai, anda tetap boleh lihat jumlah shopee coins yang bakal anda peroleh dengan buat semakan dalam order details. Anda boleh pergi ke Shopee dan masuk pada bahagian Me > My Purchased.

Sesudah itu, jangan lupa untuk bagi review dan rating untuk pesanan anda tersebut untuk dapatkan lagi tambahan 5 Shopee Coins. Pastikan review anda bersesuaian dengan pesanan anda dengan disertakan lampiran gambar dan video.

BACACara Kumpul Shopee Coins Untuk Dapatkan Lebih Diskaun

Jadi kalau shopee coins dah banyak, boleh la tebus bagi pembelian barangan lain dengan dapatkan lebih diskaun. Ingat 100 coins = RM1.

Post a Comment

Previous Post Next Post