Senarai 10 Peserta Program Ceria Popstar 2021

Senarai 10 Peserta Program Ceria Popstar 2021

Selepas beberapa minggu tertanya-tanya, kini Astro telah dedahkan kesemua 10 peserta bagi program Ceria Popstar 2021 yang kini sudah masuk musim ke-5. Mereka akan berentap setiap minggu di dalam konserta bagi meraih gelaraj Juara Ceria Popstar 2021.

Ceria Popstar merupakan sebuah program realiti tv yang bertujuan mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang nyanyian antara 10 tahun hingga 15 tahun. Mereka ini bakal menjadi pelapis dalam industri tanah air pada masa akan datang.

Sesi ujibakat telah berlangsung sebelum ini dimana Naqiu dan Siti Nordiana and the geng bertanggungjawab menapis sebagai juri bagi setiap peserta yang hadir. Kini 10 peserta telah dipilih daripada beratus yang hadir ke sesi ujibakat yang telah diadakan sebelum ini.

Kemudian 10 peserta ini akan dilatih setiap minggu oleh cikgu mereka iaitu Hael Husaini, Mimifly dan Noryn Aziz sebelum menghadapi konsert dan sekali gus akan diadili pula oleh barisan juri tetap dan juri tempatan. Untuk musim 2021, terdapat 4 juri tetap yang baru iaitu Nabil Ahmad, Dato' AC Mizal, Elly Mazlein dan Ernie Zakri.

10 Peserta Program Ceria Popstar 2021

Ceria Popstar 2021 untuk musim ke-5 ini akan dihoskan oleh Danial Zaini dan Shiha Zikir yang mula bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ceria dan tayangan serentak di Astro Prima bermula 9 Jun 2021. Jadi anda akan dapat lihat persembahan 10 peserta ini yang terdiri daripada : 

  1. Marsya
  2. Syabil
  3. Keka
  4. Iman boy
  5. Dinda
  6. Dayana
  7. Damia
  8. Armand
  9. Ariff
  10. Balqis

Anda juga boleh saksikan Ceria Popstar 2021 secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go secara percuma bagi semua pelanggan Astro.


sumber : Astro, Astro Ceria

Post a Comment

Previous Post Next Post