Jadual & Keputusan Perlawanan Kuala Lumpur City FC Dalam AFC Cup 2022

Jadual & Keputusan Perlawanan Kuala Lumpur City FC Dalam AFC Cup 2022

Kuala Lumpur City FC (KL City) juga telah melayakkan diri ke AFC Cup 2022 bersama Kedah Darul Aman FC dimana KL City layak menerusi slot Juara Piala Malaysia 2021 yang lalu.

KL City FC akan bersaing dalam edisi kali ini bermula pada 24 Jun sehingga 30 Jun 2022. Bermula dengan peringkat kumpulan, KL City FC telah diundi dalam Kumpulan H bersama PSM Makassar daripada India dan Tampines Rovers dari negara seberang tambak Singapura.

Kumpulan H : KL City FC (Malaysia), PSM Makassar (India), Tampines Rovers (Singapura)

Kesemua 3 perlawanan akan berlangsung di Kuala Lumpur sahaja dimana KL City FC menjadi tuan rumah bagi kumpulan H sama seperti yang berlaku pada JDT dalam saingan Asia Champions Leagua sebelum ini.

Hanya juara kumpulan bersama naik juara yang terbaik daripada setiap kumpulan layak ke peringkat kalah mati selepas pusingan peringkat kumpulan ini berakhir.

Jadual & Keputusan Perlawanan Kuala Lumpur City FC Dalam AFC Cup 2022

Selain KL City, Kedah Darul Aman FC juga akan melangsungkan perlawanan dalam tempoh yang sama tetapi kelab yang bertapak di Indonesia iaitu Bali United FC menjadi tuan rumah untuk kumpulan yang disertai KDAFC iaitu dalam Kumpulan G.

Untuk penyokong Kuala Lumpur City FC dan juga KDAFC, jangan lupa untuk terus berikan sokongan kepada pasukan kegemaran anda. Tetapi jika tidak berkesempatan untuk ke stadium, anda boleh saksikan siaran secara langsung yang dibawakan oleh Astro Arena 2 802 dan striming di Astro Go.

Selain itu, jika anda tidak mempunyai akaun Astro, anda boleh strim secara online menerusi elevensports.com dengan melanggan pakej serendah RM17.50 sebulan termasuk semua perlawanan yang melibatkan KL City FC.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan bola sepak yang melibatkan Kuala Lumpur City FC bersama pasukan lain dalam Kumpulan H dalam AFC Cup 2022

24 Jun 2022 (Jumaat)

  • PSM Makassar (0) - (0) KL City FC

Tarikh : 24 Jun 2022 (Jumaat)
Masa : 8.00 Malam
Venue : Stadium Kuala Lumpur
Live Streaming : Link 1 | Link 2

|

27 Jun 2022 (Isnin)

  • Tampines Rovers (1) - (3) PSM Makassar

|

30 Jun 2022 (Khamis)

  • KL City FC (2) - (1) Tampines Rovers
    • Paulo Josué 16', 21'
    • Boris Kopitovic 37'

Tarikh : 30 Jun 2022 (Khamis)
Masa : 8.00 Malam
Venue : Stadium Kuala Lumpur
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Astro Arena 2 802

*KL City menduduki tangga kedua dalam kumpulan H dibelakang PSM Makassar. Layak ke peringkat kalah mati.

Jadual & Keputusan Perlawanan KL City FC Dalam Semi Final AFC Cup 2022 (Zonal Semi-Finals)

10 Ogos 2022 (Rabu)

  • Viettel FC vs KL City FC


Untuk dapatkan info lanjut tentang jadual dan keputusan untuk lain-lain perlawanan bagi semua kumpulan dalam AFC Cup 2022 kali ini, anda boleh semak di www.the-afc.com/en/club/afc_cup/

Post a Comment

Previous Post Next Post