Tonton Drama Roxy Di TV3 (Dahlia)

Tonton Drama Roxy Di TV3

Drama Roxy akan mengisi slot Dahlia bermula 25 Jun 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 malam yang akan disiarkan di TV3 atau boleh juga strim secara online di aplikasi Disney+ Hotstar atau di www.hotstar.com/my 

Drama bersiri 20 episod ini adalah idea asal daripada Syarizan Md Isa merupakan terbitan Aqula Emas Sdn. Bhd, diarahkan oleh M. Nazir Juhan aka Jet Lee dan nukilan skrip oleh Adza Emie, Intan Zarina Hassan Azal Azreen dan Marini Mat Zain.

Ianya menampilkan pelakon-pelakon Malaysia seperti Nadiyah Shahab, Azlee Khairi, Eira Syazira, Aqeesh Aleeya, Nik Adam Mika, Zizan Nin, Amyza Aznan, Roy Azman, Atu Zero, Chiwan, Tony Eusoff, Octavia Manrose, Zack Kool dan ramai lagi

Sinopsis Drama Roxy

Roxy mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri berkerjaya iaitu Aqil dan Arissa yang sering berhadapan dengan masalah pembantu rumah yang melarikan diri berikutan Aqil dan Arissa amat sibuk dengan kerjaya dan sangat mengharapkan pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai untuk menguruskan dua orang cahaya mata mereka iaitu Amira dan Amar.

Aqil bertindak membawa pulang sebuah robot persis manusia yang telah rosak di dalam setor syarikatnya sebagai solusi masalah pembantu rumah yang melarikan diri. Kehidupan harian mereka lebih terurus dan berjalan lancar pada peringkat kehadiran Roxy hasil pemberian nama oleh Amar. Amira dan Amar kini menganggap Roxy sebagai penjaga dan teman sebaya mereka yang jujur, amanah dan setia apabila ibu bapa mereka semakin sibuk dengan kerja.

Selain itu, kekecohan dan insiden yang lucu mula timbul selepas kehadiran Roxy seperti pegawai keselamatan di taman perumahan itu iaitu Domi dan Bidin telah jatuh cinta dengan Roxy yang dipercayai sebagai seorang gadis sempurna, bukan itu sahaja Pakcik Murad berkenan untuk menjadikannya sebagai menantu.

Isteri Pakcik Murad, Makcik Norlela pula sentiasa mahu mencungkil rahsia Roxy kerana beranggapan Roxy ialah pendatang asing tanpa izin.  Bukan itu sahaja, Roxy turut dilamar oleh seorang pakar dermatologi iaitu Dr. Rosli sebagai duta produknya serta-merta membuatkan Puan Maria berasa cemburu kerana selama ini hanya dia yang menjadi duta untuk produk suaminya.

Ingin tahu apakah akan terjadi pada Roxy? Adakah robot ini merupakan penyelesaian terbaik dan pembantu rumah sempurna bagi keluarga Aqil dan Arissa?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Roxy bermula 25 Jun 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 7.00 malam menerusi slot Dahlia di TV3.

Tonton Drama Roxy Di TV3

Tonton Drama Roxy Di TV3

Tonton Drama Roxy Di TV3

Post a Comment

Previous Post Next Post