Jadual & Keputusan Perlawanan Kedah Darul Aman FC Dalam AFC Cup 2022

Jadual & Keputusan Perlawanan Kedah Darul Aman FC Dalam AFC Cup 2022

Kedah Darul Aman FC (KDA) telah melayakkan diri ke kejohanan kedua tertinggi Asia bagi kelab bola sepak Asia iaitu dalam Piala AFC atau AFC Cup 2022 selepas menduduki tangga kedua atau naib juara bagi Liga Super 2021 yang lalu.

Kejohanan ini akan berlangsung selama tujuh hari bermula 24 Jun sehingga 30 Jun 2022. AFC Cup akan bermula pada peringkat kumpulan dan KDAFC telah diundi dalam Kumpulan G untuk Zon Asia Tenggara bersama Juara Liga Indonesia, Bali United, Visakha FC dan Kaya FC Ilo Ilo.

Kumpulan G : Bali United FC (Indonesia), Kaya FC Ilo Ilo (Filipina), Kedah Darul Aman (Malaysia), Visakha FC (Kemboja)

Format kejohanan kali ini sama seperti yang dilalui oleh JDT dalam Asia Champions League baru-baru ini apabila kesemua perlawanan berlangsung di salah sebuah negara dalam kumpulan tersebut. Untuk Kumpulan G, Kedah dan pasukan lain akan bermain di Denpasar, Bali Indonesia.

Mereka akan mengharungi perlawanan dengan format round robin satu pusingan sahaja dimana juara kumpulan dan naib juara kumpulan terbaik akan beraksi ke peringkat kalah mati selepas peringkat kumpulan ini tamat.

Jadual & Keputusan Perlawanan Kedah Darul Aman FC Dalam AFC Cup 2022

Selain Kedah, Kuala Lumpu City FC juga telah melayakkan diri ke Piala AFC 2022 kali ini selepas meraih Juara Piala Malaysia untuk edisi sebelumnya tetapi telah diundi dalam Kumpulan H.

Untuk penyokong Kedah Darul Aman dan juga KL City, jika tidak berkesempatan untuk terbang dan menonton pasukan kegemaran anda. Jangan risau! Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi Astro Arena 2 802 dan strim secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga saksikan secara striming menerusi elevensports.com dengan melanggan pakej serendah RM17.50 sebulan termasuk semua perlawanan yang melibatkan KDAFC.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan bola sepak yang melibatkan Kedah Darul Aman FC bersama pasukan lain dalam Kumpulan G dalam waktu Malaysia dalam kejohanan AFC Cup 2022.

*Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

24 Jun 2022 (Jumaat)

  • Kaya FC Ilo Ilo (1) - (2) Visakha FC
  • Bali United FC (2) - (0) Kedah Darul Aman FC
    • Ronald Ngah (OG) 47'
    • Muhammad Rahmat 82'

Tarikh : 24 Jun 2022 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Kapten I Wayan Diptam, Gianyar
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Astro Go

|

27 Jun 2022 (Isnin)

  • Visakha FC (5) - (2) Bali United FC
  • Kedah Darul Aman FC (4) - (1) Kaya FC Ilo Ilo
    • Fayadh Zulkifli 57', 90+3'
    • Mahmoud Al-Mardi 63'
    • Ngah Wanja 83'
    • J. A. Gayoso 86'

Tarikh : 27 Jun 2022 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Kapten I Wayan Diptam, Gianyar
Live Streaming : Link 1 | Link 2

|

30 Jun 2022 (Khamis)

  • Kaya FC Ilo Ilo (0) - (1) Bali United FC
  • Kedah Darul Aman FC (5) - (1) Visakha FC
    • Mohammed Faeez Khan 20'
    • Nayef Al Mardi 28', 47', 54'
    • Fayadh Zulkifli 67'
    • Ronald Ngah 76'

Tarikh : 30 Jun 2022 (Khamis)
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Kapten I Wayan Diptam, Gianyar
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Kedah Darul Aman FC layak ke Separuh Akhir apabila menjuarai Kumpulan G

Jadual & Keputusan Perlawanan Kedah Darul Aman FC Dalam Semi Final AFC Cup 2022 (Zonal Semi-Finals)

9 Ogos 2022 (Selasa)

  • PSM Makassar vs Kedah Darul Aman FC


Untuk dapatkan info lanjut tentang jadual dan keputusan untuk lain-lain perlawanan bagi semua kumpulan dalam AFC Cup 2022 kali ini, anda boleh semak di www.the-afc.com/en/club/afc_cup/

Post a Comment

Previous Post Next Post