Elica Paujin Juara Big Stage 2022 (Senarai Pemenang)

Elica Paujin Juara Big Stage 2022 (Senarai Pemenang)

Syabas Elica Paujin! Akhirnya telah dinobatkan sebagai juara Big Stage musim keempat untuk tahun 2022.

Elica Paujin dinobatkan sebagaj Juara Big Stage 2022 telah menewaskan empat peserta lain iaitu Tegar Septian, Aisha Retno, Yazmin Aziz dan Daniel Chuer yang turut bersaing di peringkat akhir program tersebut.

BACASenarai Peserta Big Stage 2022 Musim Terbaru

Di pentas akhir malam tersebut, Elica Paujin membawakan lagu Cinta bagi tema ultimatum solo serta nyanyikan lagu Believer untuk ultimatum duet bersama Hael Husaini.

Elica Paujin berjaya merangkul wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Senarai Penuh Pemenang Big Stage 2022

Juara : Elica Paujin (78.93%)

Naib Juara : Danial Chuer (75.03%)

Tempat Ke-3 : Aisha Retno (71.04%)

Tempat Ke-4 : Yazmin Aziz (59.35%)

Tempat Ke-5 : Tegar Septian (59.13%)

Sementara itu naik juara jatuh kepada Danial Chuer yang berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Danial Chuer telah membawa lagu Hilang Naluri bagi tema ultimatum solo serta nyanyikan lagu Still Love You untuk ultimatum duet bersama Shila Amzah.

Tempat ketiga yang dirangkul oleh Aisha Retno berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Aisha Retno membawakan lagu Fallin’ bagi tema ultimatum solo serta menyampaikan lagu Semua Jadi Satu untuk ultimatum duet bersama Jacklyn Victor.

Manakala untuk tempat keempat diraih oleh Yazmin Aziz yang berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi sumbangan Astro.

Yazmin Aziz membawakan lagu Seksis bagi segmen ultimatum solo serta nyanyikan lagu berjudul Pawana untuk ultimatum duet bersama Syamel.

Tempat kelima yang dimenangi oleh Tegar Septian berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 serta trofi sumbangan Astro.

Tegar Septian membawakan lagu It’s Only Me untuk ultimatum solo serta menyanyikan lagu Ada Gajah Dibalik Batu bersama Sufi Rashid untuk segmen ultimatum duet.

Penyanyi no 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai berada di kerusi juri tetap, Aliff Aziz dan Aina Abdul menyertai mereka berdua sebagai juri juara dan Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlein) untuk juri pedas. Mereka mewakil 70% dan lagi 30% adalah datang daripada undian online.

Program Big Stage 2022 telah dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad untuk 8 minggu kesemuanya termasuk malam final.

Big Stage Musim Ke-4 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Go.

Foto : Astro Gempak

Post a Comment

Previous Post Next Post