Selangor Benarkan Rapatkan Saf Bagi Solat Jemaah Termasuk Tarawih Bermula 1 April

Selangor Benarkan Rapatkan Saf Bagi Solat Jemaah Termasuk Tarawih Di Masjid Dan Surau Bermula 1 April

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini telah mengumumkan kebenaran merapatkan saf seperti biasa (without physical distancing) untuk solat berjemaah di masjid, surau dan musolla di negeri Selangor mulai 1 April 2022.

Keputusan ini dibuat selepas diperkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berikutan kebenaran yang telah diumumkan lebih awal oleh Perdana Menteri sebelum ini bagi peralihan fasa ke Endemik pada April ini.

BACATiada Lagi Penjarakan Ketika Solat Berjemaah Dalam Fasa Endemik

Baginda telah berkenan membuat penelitian dan memperhalusi beberapa perkara penting terutama langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan mendalam akibat jangkitan Covid-19.

Bukan itu sahaja, penelitian ini telah dibuat bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihata serta masjid, surau dan musolla terus berfungsi sebagai pusat ibadah bagi umat Islam khususnya di negeri Selangor.

Selain itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga telah berkenan Solat Tarawih pada bulan Ramadan 2022 ini diadakan di semua masjid, surau dan musolla di seluruh negeri Selangor.

JAIS juga telah menetapkan Solat Tarawih dikekalkan untuk dilaksanakan dengan 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan. Semua aktiviti lain sepanjang bulan Ramadan di seluruh negeri Selangor juga boleh dilaksanakan seperti biasa.

SOP Solat Jemaah Di Masjid, Surau Negeri Selangor

Walaupun solat dibenarkan tanpa penjarakan, para Jemaah adalah dikehendaki mengikut beberapa ketetapan yang telah ditetapkan seperti berikut:

1.  Hanya individu yang telah lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 (complete vaccination) sahaja dibenarkan hadir ke masjid, surau dan musolla

2.  Tambahan lagi, bagi individu yang berumur bawah 18 tahun dan telah lengkap menerima 2 dos vaksin sahaja dibenarkan hadir untuk solat jemaah.

3.  JAIS juga telah menetapkan individu yang hadir untuk solat jemaah dikehendaki membawa sejadah sendiri dan sentiasa memakai pelitup muka.

4.  Manakala bagi individu yang bergejala diminta menangguhkan dari menghadiri sebarang aktiviti di masjid, surau dan musolla sehingga sihat demi menjaga kesejahteraan jemaah yang lain.

Walaubagaimanapun, satu ketetapan secara lebih terperinci mengenai perkara ini untuk dikuatkuasakan pada 1 April 2022 akan dikeluarkan oleh JAIS kepada pentadbir masjid, surau dan musolla seluruh Selangor dalam masa terdekat

Post a Comment

Previous Post Next Post