Tips Dan Panduan Kulit Sihat Dan Cantik Semasa Kehamilan

Tips Dan Panduan Kulit Sihat Dan Cantik Semasa Kehamilan

Kehamilan merupakan suatu pengalaman yang mengujakan bagi mana-mana wanita pun. Namun, perubahan yang mungkin terjadi kepada kulit semasa hamil membuatkan anda menjadi kurang selesa.

Perubahan yang terjadi termasuk juga pada bahagian lain selain daripada perut anda akan berlaku sejak awal usia kehamilan hingga berlanjutan selepas anda selamat melahirkan.

Antaranya anda mungkin mengalami regangan kulit (stretch marks), melasma iaitu tona kulit tidak sekata, jerawat dan juga kulit gatal atau sensitif akibat kekeringan.

Tips Untuk Kulit Sihat Dan Cantik Semasa Kehamilan

Jadi jom kita tengok apa yang anda boleh lakukan demi mengelakkan masalah tersebut terjadi terlalu serius dan memastikan kulit kekal sihat sepanjang masa.

1)  Ambil Lebih Banyak Sayur-Sayuran, Buah-Buahan dan Kekacang

Ini bukan sahaja berkhasiat kepada badan anda dan juga bayi, tetapi juga amat penting untuk menjadmin kulit yang sihat dan cantik.

BACA : 30 Produk Kecantikan Wanita Paling Popular Untuk Tahun 2021

Sayur-sayuran yang kaya dengan protein dapat menguatkan dan juga mengekalkan keanjalan kulit. Buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C seperti oren, jambu dan lemon, mempunyai kelebihannya tersendiri dalam membentuk kolagen yang amat penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat.

Ini semua dapat mengurangkan pembentukan stretch marks bila kulit terutamanya perut mula berkembang. Folat dan zink yang boleh didapati dalam kacang pula boleh membantu mengurangkan pembentukan pigmentasi di muka akibat malasma.

2)  Makan Asid Lemak Penting - Omega 3

Selain daripada membantu merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan, omega 3 turut membantu mengurangkan masalah garis halus dan meningkatkan keanjalan kulit.

Tambahkan makanan yang kaya dengan omega 3 iaitu ikan berminyak seperti salmon dan tuna, telur, roti dan jus ke dalam diet anda.

Tips Dan Panduan Kulit Sihat Dan Cantik Semasa Kehamilan

Ini boleh membantu mengelakkan kulit menjadi kering atau gatal dan juga mengurangkan kemungkinan kesan stretch marks dan juga jerawat.

3)  Minum Banyak Air

Minum air yang banyak bukan sahaja bagus untuk kesihatan keseluruhan, sistem perkumuhan tetapi juga bagus untuk memastikan kulit sihat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Dengan memastikan kulit hidrat dan sihat, ia akan meregang dengan baik.

Memastikan anda minum 12-13 gelas air sehari dan bagi anda yang mengalami masalah untuk minum air kosong, disarankan untuk mencampurkan perahan lemon ke dalam air bakal diminum. Dengan itu, anda dapat mengelakkan kekeringan kulit dan juga mengekalkan keanjalannya.

4)  Minyak Untuk Kulit

Ia amat penting untuk memastikan kulit anda lembap. Bio-Oil Minyak Penjagaan Kulit merupakan satu produk yang terbukti secara klinikal yang dapat membantu kulit anda mengekalkan kelembapan dan mengurangkan pembentukan kesan regangan bukan sahaja dekat perut, tetapi juga bahagian lain seperti pinggul, paha dan juga payudara.

Produk ini juga dapat membantu memperbaiki kesan regangan yang sudah muncul, tona kulit tidak sekata dan juga parut jerawat.

Bio-Oil Minyak Penjagaan Kulit untuk ibu mengandung

Bio-Oil Minyak Penjagaan Kulit diformulasi ramuan unggul PurCellin Oil yang menjadikan formulasinya ringan dan mudah diserap, tanpa membiarkan kulit anda berasa berminyak.

Ia juga mengandungi minyak tumbuhan lanvender, calendula, chamomile, rosemary dan juga vitamin A dan E yang dapat membantu kulit menjadi lebih sihat dan lembut.

Sewaktu hamil, Bio-Oil Minyak Penjagaan Kulit harus disapukan pada kawasan yang berkemungkinan mengalami regangan kulit seperti perut, payudara, pinggang, pinggul, punggung dan paha dari permulaan trimester kedua dan disapu dengan pergerakan membulat, 2 kali sehari.

Bagi kesan regangan yang sudah muncul, tona kulit tidak sekata atau parut jerawat, Bio-Oil Minyak Penjagaan Kulit harus disapu dengan pergerakan membulat, 2 kali sehari bagi tempoh minimum 3 bulan.

Post a Comment

Previous Post Next Post