Selangor Wajibkan Lengkap Dos Penggalak Untuk Hadir Solat Jumaat Bermula Esok

Selangor Wajibkan Lengkap Dos Penggalak Untuk Hadir Solat Jumaat

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru telah menetapkan dimana hanya jemaah lengkap 2 dos vaksin dan dos penggalak (booster shot) dibenarkan untuk hadir menunaikan solat jumaat di masjid seluruh Selangor berkuatkuasa 25 Februari 2022.

Ketetapan terkini telah diedarkan secara dalam oleh JAIS kepada penguran masjid, surau dan musolla di negeri tersebut.

Langkah itu sejajar arahan mempertingkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard di masjid, surau dan musolla di Selangor dalam usaha mengawal penularan pandemik Covid-19.

Ketetapan surat edaran bertarikh 21 Februari itu yang dilihat media disini, menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan yang dikeluarkan JAIS bertarikh 20 Januari lalu.

Ia menjelaskan mengenai Ketetapan Baru Pelaksanaan Solat Fardu Jumaat Dengan Kapasiti Penuh Serta Penjarakan Fizikal 1.0 Meter Antara Jemaah Di Semua Masjid, Surau Kebenaran Solat Jumaat Di Selangor.

BACA : JAIS Mengehadkan Jumlah Jemaah Di Masjid Dan Surau Di Kawasan PKP Di Selangor

Bagaimanapun, susulan perkembangan terkini penularan COVID-19 dan kebimbangan baginda akan berlaku situasi lebih buruk dan menjejaskan aktiviti di masjid, surau dan musolla semasa dan selepas mendapat nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, baginda berkenan agar pentadbir masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor mempertingkatkan penguatkuasaan.

Selangor Wajibkan Lengkap Dos Penggalak Untuk Hadir Solat Jumaat

“Antara perkara yang ditekankan dalam edaran itu adalah jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak (booster) dibenarkan hadir bagi menunaikan solat Jumaat.

“Pihak masjid juga perlu memastikan penandaan kedudukan jemaah dilakukan dengan jelas di ruang dewan solat utama dan ruang limpah masjid, surau dan musolla berdasarkan penjarakan fizikal 1.0 meter.

“Selain itu, jemaah perlu mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia kala iaitu sihat dan tidak bergejala, memakai pelitup muka, membawa sejadah besar dan berwuduk, selain mempamerkan dan merekod kehadiran melalui aplikasi MySejahtera,” menurut edaran itu.

wajib scan mysejahtera

Selain itu, pengurusan juga perlu memastikan vantilasi ruang solat berhawa dingin dengan membuka sebahagian pintu dewan solat utama masjid, surau dan musolla bagi memastikan tidak berlaku kitaran peredaran udara tepu yang memungkinkan penularan lebih mudah berlaku.

Dalam pada itu, pengurusan juga perlu memastikan sanitasi dibuat secara berjadual, khususnya sebelum dan selepas solat atau majlis membabitkan penyertaan jemaah yang ramai.

Sumber : Berita Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post