Waktu Operasi Terbaru McDonalds Seluruh Malaysia

Waktu Operasi Terbaru McDonalds Seluruh Malaysia

Siapa je rasanya tak pernah makan Mcdonalds kan, lagi-lagi dapat rasa fries bersama variasi burger yang pelbagai. Anda boleh makan direstoren mereka atau biasanya buat pesanan melalui aplikasi atau pesan secara drive-thru.

Jika dulu, kebanyakkan outlet Mcdonalds di seluruh Malaysia dibuka selama 24 jam tetapi tempoh itu sudah berlalu dan kini ianya tidak lagi beroperasi sedemikian.

Hal ini kerana, SOP yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dimana setakat ini tidak dibenarkan pengoperasian selama 24 jam bagi kedai, restoren atau kedai-kedai makan disebabkan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Jadi demi mengikut arahan pihak berkuasa, Mekdi akan terus beroperasi seperti biasa tetapi mengikut SOP yang ditetapkan termasuklah waktu operasi bagi semua cawangan yang di seluruh Malaysia.

Waktu Operasi McDonalds Seluruh Malaysia

Jadi orang ramai yang nak beli burger, ayam goreng, fries dan sebagainya, sila alert dengan waktu operasi terbaru tau. Jangan datang-datang tengok dah tutup atau operasi masih belum buka.

Melalui perkongsian Mcdonalds untuk bulan Februari 2022, mereka telah memangjangkan waktu operasi restoren iaitu bermula 6.30 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Ianya untuk dine-in, drive-thru dan juga takeaway. 

Jadi anda boleh datang untuk breakfast lebih awal dalam waktu tersebut di mana-mana cawangan berhampiran anda.

Manakala untuk waktu operasi secara penghantaran atau McDelivery adalah bermula jam 6.30 pagi dan waktu akhir untuk buat pesanan adalah jam 11.45 malam. Boleh order di www.mcdelivery.com.my

Akan tetapi ada beberapa restoren Mekdi yang dibuka sehingga 1 pagi dan 2 pagi setiap hari. Jadi untuk McDelivery adalah 15 miniti sebelum tamat waktu operasi iaitu 12.45 pagi dan 1.45 pagi.

Buka Sehingga 1 Pagi

mcdonalds buka sehingga 1 pagi

Buka Sehingga 2 Pagi

mcdonalds buka sehingga 2 pagi

Hanya cawangan restoren Mcdonalds yang disenaraikan ini sahaja dibuka sehingga waktu operasi tersebut. Yang lain sehingga 12.00 tengah malam.

Jadi datang dan nikmati setiap juadah yang disediakan dimana-mana lokasi McD berhampiran anda sekarang.

Post a Comment

Previous Post Next Post