Cara Semak Hibah Atau Agihan Pendapatan Tabung Haji Secara Online

cara semak hibah tabung haji secara online

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh semak agihan pendapatan Tabung Haji (TH) yang anda peroleh untuk tahun tersebut secara online sahaja.

Dalam Tabung Haji, mereka menggunakan terma Agihan Pendapatan ataupun Hibah yang bermaksud pemberian sukarela. Walaupun begitu, TH setakat ini tidak pernah lagi terlepas untuk salurkan hibah kepada pendeposit mereka.

Erti kata lain, anda boleh je sama kan Hibah atau Agihan Pendapatan ini dengan Dividen. Lebih mudah faham, lebih mudah digunakan. Jadi anda kini boleh semak 'Dividen Tabung Haji'

Nilai Hibah Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan dimana dividen atau Agihan Pendapatan 2021 selepas zakat iaitu sebanyak 3.10% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021

Cara Semak Agihan Pendapatan Tabung Haji (TH) Secara Online

Sebenarnya terdapat 4 cara untuk anda semak duit hibah yang anda peroleh iaitu secara online atau secara manual.

BACA : Cara Semak Baki Tabung Haji Secara Online Menggunakan THiJARI

Secara Manual

Pertama, jika anda berkelapangan, anda boleh sahaja datang ke kaunter di mana-mana cawangan Tabung Haji berdekatan anda dan buat kemaskini buku tabung haji anda. Ianya akan memaparkan nilai agihan selepas anda buat kemaskini

Selain itu, cara kedua, anda boleh juga semak mengguankan mesin ATM dan pastikan anda telah sambungkan TH bersama bank anda tersebut. Antara bank terlibat adalah Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB sahaja.

BACA : Cara Link Kad ATM Bank Anda Dengan Akaun Tabung Haji (TH)

Secara Online

Cara ini lebih mudah kerana anda tidak perlu keluar rumah atau bersusah-susah untuk beratur di kaunter TH yang pastinya memerlukan masa yang banyak.

Anda boleh semak menerusi portal Internet Banking sama ada menerusi Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB dan AmBank. Pastikan anda telah sambung internet banking anda dengan akaun Tabung Haji

Selain itu, boleh sahaja menggunakan website THiJARI (www.thijari.com.my) atau menggunakan aplikasi mobile THiJARI yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store. Caranya:

cara semak dividen tabung haji guna thijari

1)  Login seperti biasa menggunakan id pengguna dan kata laluan yang telah anda tetapkan

2)  Kemudian pergi Ringkasan Akaun

2)  Klik pada Nama Anda

3)  Pilih 'Semua Transaksi' pada Jenis Transaksi dan tempoh '30 Hari Terakhir' dan klik Cari Transaksi

4)  Kemudian akan dipaparkan semua transaksi yang berlaku dalam tempoh 30 hari termasuk duit hibah yang telah dikreditkan atas nama 'Agihan Keutungan'. Jadi itulah dividen yang anda dapat untuk tahun sebelumnya.

cara semak agihan pendapatan tabung haji guna thijari

Harap bermanfaat...

Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke laman web Tabung Haji di www.tabunghaji.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post