Tips Dan Cara Mudah Memilih Blusher Dengan Betul

Tips Dan Cara Mudah Memilih Blusher Untuk Wanita

Antara solekan yang akan menyerikan lagi wajah anda terutamanya golongan wanita adalah melalui pemakaian pemerah pipi atau blusher. Ikut tips yang dikongsikan untuk memilih blusher dengan betul.

BACAProduk Kecantikan Wanita Paling Popular Untuk Tahun 2022

Terdapat pelbagai teknik yang boleh anda cuba yang bersesuaian dengan bentuk wajah anda. Namun anda harus tahun dan perhatikan bentuk wajah terlebih dahulu terutama ketika memaka pemerah pipi atau Blush On.

Setiap bentuk wajah memiliki teknik tersendiri ketika dihias. Cara memakai pemerah pipi yang salah, akan menjadikan wajah anda nampak kusam dan tua.

Tujuan utama untuk memakai pemerah pipi atau blusher adalah untuk menonjolkan tulang pipi. bahagian yang disebut 'apple of the cheek' ini akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih tajam seperti supermodel yang biasa anda lihat.

8 Tips Dan Cara Mudah Memilih Blusher Untuk Wanita

Perkara penting yang anda harus diperhatikan sebelum menyapu blusher adalah rona kulit dan 'skin intensity'

Skin Tone

Skin tone terdiri dari warna 'warm tone' iatu warna hangat dan 'cool tone' iaitu warna dingin. Jika kulit anda cenderung berwarna kuning coklat hingga gelap, maka kulit anda termasuk dalam 'warm tone'. Untuk itu, pilih warna jingga, merah, coklat, tembaga atau peach tua. Contoh - SINI

Jika anda berkulit putih, terapkan warna merah jambut, pic muda atau beige sebagai pemerah kulit jenis 'cool tone' iaitu skin tone berwarna dingin.

Tips Dan Cara Mudah Memilih Blusher Untuk Wanita

Skin Intensity

Ia berkaitan dengan tahap warna kulit, iaitu terang atau gelapnya kulit. Semakin gelap warna kulit, semakin kuat warna blusher yang harus digunakan.

Begitu jugalah sebaliknya, semakin terang warna kulit, jadi anda harus semakin nipis menyapu blusher di pipi anda.

Aplikasikan Dengan Tepat

Selain membuat wajah kelihatan lebih cerah, blusher juga mampu memberikan dimensi pada wajah. Wajah yang tidak sempurna pun dapat dibuat lebih ideal dengan aplikasi dan sentuhan dengan efek bayangan dengan tepat.

Untuk itu, anda perlu mengenali bentuk wajah anda terlebih dahulu

1)  Wajah Oval

Wajah berbentuk oval dianggap sebagai bentuk wajah yang paling ideal. Agar semakin sempurna, berikan blusher sedikit melengkung mengikuti tulang pipi.

2)  Wajah Panjang

Biasanya wanita yang berwajah panjang mempunyai pipi yang tinggi dan dagu yang memanjang. Oleh itu, sapukan pemerah pipi dengan menarik garis lebih mendatar dari hidung ke arah telinga.

3)  Wajah Bersegi

Bentuk wajah ini mempunyai ciri khas iaitu garis rahang yang kuat. Untuk menyamarkan kesan tajam, sapukan pemerah pipi ke arah mendatar dan baurkan ke atas sehingga mendekati telinga. Hindari warna-warna tajam.

4)  Wajah Bulat

Ianya dapat disiasat dengan pemberian shading dengan arah ke atas sehingga memberikan kesan wajah yang lebih panjang. Hindari pemakaian blusher pada pipi.

5)  Wajah Segi Tiga

Untuk wanita yang berwajah segi tiga, mereka mempunyai dahi yang lebih sempit daripada bahagian rahang. Sapukan pemerah pipi ada sisi hidung ke arah atas. Hindari yang berwarna gelap seperti coklat.

Tips Dan Cara Mudah Memilih Blusher Untuk Wanita

Untuk anda, wanita diluar sana, ketika anda mengaplikasikan pemerah pipi atau blusher, tersenyumlah di depan cermin kerana ia akan membuatkan tulang pipi anda terbentuk.

Post a Comment

Previous Post Next Post