(Bergambar) Cara Link Kad ATM Bank Anda Dengan Akaun Tabung Haji (TH) Terkini

(Bergambar) Cara Link Kad ATM Bank Anda Dengan Akaun Tabung Haji (TH) Terkini

Kita sedia maklum bermula 23 Jun 2019, Tabung Haji (TH) telah melaksanakan pemansuhan Buku Akaun Simpanan TH (BAS). Jadi kepada mereka yang mendaftar akaun TH selepas tarikh tersebut, tiada lagi penerimaan buku yang diperoleh di kaunter Tabung Haji. Selepas ini sepenuhnya perkhidmatan melalui ATM sahaja. Tapi TH ada bagi kad ATM ke?

Tabung Haji tidak menyediakan kad ATM seperti bank yang lain. Tetapi anda boleh 'link' atau hubungkan kad ATM bank yang anda ada dengan akaun Tabung Haji anda. Jadi kalau nak buat transaksi TH, anda hanya guna sahaja kad ATM bank yang anda link kan tersebut.

Jadi disini, akan dikongsikan cara link kad ATM bank seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan Bank Rakyat dengan akaun Tabung Haji. Ilustrasi gambar juga disediakan.

Cara Link Kad ATM Bank Dengan Akaun Tabung Haji


#1 - Kad ATM Maybank

  1. Masukkan kad ATM Maybank anda beserta Nombor pin di Mesin ATM
  2. Pilih menu Tabung Haji
  3. Pilih menu Daftar Akaun TH ke ATM kad
  4. Masukkan nombor akaun TH anda
  5. Masukkan nombor siri buku akan TH anda
  6. Nombor akaun dan nombor siri buku akaun TH anda akan dipaparkan. Klik Ya
(Bergambar) Cara Link Kad ATM Bank Anda Dengan Akaun Tabung Haji (TH) Terkini


#2 - Kad ATM Bank Islam

  1. Masukkan kad ATM Bank Islam anda beserta nombor pin di mesin ATM
  2. Pilih menu Tabung Haji
  3. Pilih menu Daftar Akaun TH-Sendiri
  4. Masukkan Nombor IC anda
  5. Masukkan no akaun TH anda
  6. Masukkan no siri buku TH anda. Teruskan
  7. Selesai
(Bergambar) Cara Link Kad ATM Bank Anda Dengan Akaun Tabung Haji (TH) Terkini


#3 - Kad ATM Bank Rakyat

  1. Masukkan kad ATM Bank Rakyat anda beserta Nombor Pin di mesin ATM
  2. Pilih menu Lain-lain
  3. Pilih menu Teruskan
  4. Pilih menu Link Akaun Tabung/Pendaftaran Haji
  5. Pilih menu Link Akaun Sendiri
  6. Masukkan Nombor Akaun TH anda
  7. Masukkan no siri buku akaun TH anda
  8. Maklumat pemegang akaun dipaparkan. Klik Sahkan!
(Bergambar) Cara Link Kad ATM Bank Anda Dengan Akaun Tabung Haji (TH) Terkini


#4 - Kad ATM CIMB

  1. Masukkan kad ATM CIMB bank anda beserta nombor Pin
  2. Pilih menu Lain-lain
  3. Pilih menu Tabung Haji (TH)
  4. Masukkan no akaun TH anda
  5. Masukkan nombor siri buku akan TH anda
  6. Selesai
(Bergambar) Cara Link Kad ATM Bank Anda Dengan Akaun Tabung Haji (TH) Terkini


Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook rasmi Tabung Haji

Post a Comment

Previous Post Next Post