Cara Semak Baki Tabung Haji Secara Online Menggunakan THiJARI

Kini anda boleh semak baki Tabung Haji secaa online dengan menggunakan perkhidmatan atas talian THiJARI yang diperkenalkan oleh Tabung Haji sebelum ini.

Cara Semak Baki Tabung Haji Secara Online Menggunakan THiJARI

Pada awal Februari yang lepas, pihak Tabung Haji (TH) telah memperkenalkan perkhidmatan digital online iaitu THiJARI bagi memudahkan segala urusan yang hanya boleh dibuat secara online pada bila-bila masa dan dimana-mana jua anda berada. Jadi lepas ni, anda tak perlu lagi untuk beratur lama menunggu giliran di Kaunter Tabung Haji.

Sebenarnya selain semak baki Tabung Haji secara online, terdapat banyak lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh melalui THiJARI ini antaranya adalah :
  1. Urusan Simpanan dan Pengeluaran
  2. Pendaftaran Haji 
  3. Semak Tawaran Haji
  4. Semak Baki Tabung Haji
  5. Pendaftaran dan Semakan Kelab TaHa
  6. Transfer Online Antara Akaun Tabung Haji
  7. Urusan Haji dan banyak lagi

Kebiasaannya, urusan ini kita perlu pergi ke Tabung Haji sendiri, ambil no giliran dan beratur sehingga nama kita di panggil. Dengan adanya THiJARI ini, segala urusan boleh dilakukan dihujung jari sahaja. Urusan kita lebih cepat, tidak perlu beratur dengan mengambil masa yang lama, boleh dilakukan bila-bila masa sahaja menggunakan komputer atau smartphone kita sahaja.

Cara Daftar Akaun THiJARI

Cara Semak Baki Tabung Haji Secara Online Menggunakan THiJARI

Jadi kepada pemula yang ingin menggunakan THiJARI ini, anda terlebih dahulu daftar di website yang disediakan. Ikuti cara daftar akaun THiJARI di bawah

Langkah #1 - Pergi ke pautan rasmi THiJARI di  www.thijari.com.my kemudian klik DAFTAR untuk membuat akaun baru. (Anda boleh daftar guna komputer atau smartphone)


Langkah #2 - Masukkan No Kad Pengenalan beserta no. akaun Tabung Haji anda. No akaun TH  berada di buku TH atau terpangpang di mesin ATM yang telah anda link kan. Selain itu juga, anda boleh dapatkan terus di kaunter Tabung Haji


Langkah #3 - Seterusnya, anda perlu masukkan No. Telefon untuk tujuan verifikisi. Sekiranya tiada dalam rekod. Anda perlu ke Tabung Haji terdekat dan kemaskini segala maklumat yang perlu termasuklah No. Telefon.


Jika sudah selesai bahagian No. Telefon, dapatkan no TAC yang dihantar ke smartphone anda dan aktifkan akaun THiJARI anda tersebut

Langkah #4 - Akhirnya, lengkapkan butiran bagi pengguna kali pertama seperti No Id dan kata laluan. Jika sudah selesai, anda sudah boleh menggunakan akaun THiJARI anda. Selesai!


Perkhidmatan Yang Ditawarkan THiJARI

Terdapat banyak perkhidmatan yang ditawarkan oleh THiJARI seperti yang disenaraikan di atas. Hanya pendaftaran Tabung Haji sahaja anda perlu lakukan di Kaunter Tabung Haji, selain itu anda guna THiJARI ni sahaja.

#1 - Semak Baki Tabung Haji

Anda tidak perlu lagi untuk pergi ke TH bagi dapatkan baki Tabung Haji yang ada. Anda hanya perlu log in THiJARI sahaja. Disana akan dipaparkan jumlah baki yang ada. 

Caranya : THiJARI > Ringkasan Akaun > Dipaparkan jumlah baki yang tersimpan di dalam akaun Tabung Haji

Semak Baki Tabung Haji

#2 - Senarai Transaksi

Untuk ketahui senarai transaksi yang berlaku, anda boleh dapatkan disini bagi tempoh 6 bulan sebelumnya. Segala duit masuk, duit keluar dan hibbah akan dipaparkan di skrin smartphone anda. Selain itu anda juga boleh muat turun transaksi tersebut dalam format .pdf

Caranya : THiJARI > Ringkasan Akaun > Klik Pada Nama Kita > Pilih antara Sejarah Transaksi atau Penyata Mini untuk download senarai transaksi berlaku pada akaun kita

Senarai Transaksi

#3 - Pendaftaran Haji

Tidak perlu lagi beratur panjang di kauter TH, anda kini boleh daftar Haji secara online sahaja menerusi THiJARI. Pastikan anda mempunyai bagi minimum akaun TH bagi melayakkan pendaftaran Haji iaitu sebanyak RM1300. Anda boleh mendaftar Haji secara individu atau berkumpulan menggunakan THiJARI.

Caranya : THiJARI > Perkhidmatan Haji > Pendaftaran Haji > Klik Tambahn Pemohon

Pendaftaran Haji

Seterusnya ikut segala arahan yang diberi. Mudah sahaja caranya.

#4 - Segala Urusan Berkaitan Haji

Sebenarnya selain pendaftaran Haji, banyak lagi yang anda boleh buat menerusi THiJARI berkaitan Haji antaranya adalah :
  1. Pendaftaran Haji
  2. Semak Status Pendaftaran Haji
  3. Semak Tawaran Haji
  4. Surat Jadual Penerbangan Haji
  5. Kursus Haji
  6. Rayuan Haji

Caranya : THiJARI > Perkhidmatan Haji > Pilih perkhidmatan yang anda ingin guna

Segala Urusan Berkaitan Haji

#5 - Segala Urusan Berkaitan Kelab TaHa/TaHa@U

Bagi anda yang ingin sertai Kelab TaHa atau bergiat aktif dalam kelab ini, THiJARi juga menyediakan perkhidmatan berkaitannya. Kini boleh berurusan di hujung jari sahaja. Antara fungsi yang disediakan adalah :
  1. Pendaftaran Kelab TaHa/TaHa@U
  2. Semak Status Pendaftaran
  3. E-Kad Keahlian
  4. Rakan Kelab TaHa - Direktori dan Lokasi

Caranya : THiJARI > Kelab TaHa/TaHa@U > Pilih perkhidmatan yang ingin digunakan

Segala Urusan Berkaitan Kelab TaHa/TaHa@U

Kini Lebih Mudah Dengan Adanya THiJARI

Perkhidmatan digital THiJARI sedikit sebanyak memudahkan urusan ketika ingin berurusan bersama Tabung Haji. Jika anda ingin semak baki Tabung Haji, anda tidak lagi perlu ke kaunter TH atau di mesin ATM, anda boleh semak secara online sahaja. Juga pada urusan-urusan lain. Jimat masa, jimat tenaga dan urusan lebih cepat.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended