Tangguh Sementara Jualan Set Besar McDonalds Disebabkan Bekalan Kentang Terputus

Tangguh Sementara Jualan Set Besar McDonalds Disebabkan Bekalan Kentang Terputus

Peminat french fries atau kentang goreng McDonalds pasti tidak suka dengan berita ini apabila mereka akan menghentikan jualan set besar McValue Meals untuk sementara waktu.

Keputusan ini berkuatkuasa bermula 24 Januari 2022 seperti yang diumumkan oleh McDonalds Malaysia kerana mereka mempunyai masalah bekalan kentang.

Walaubagaimanapun, penjualan set beserta kentang goreng masih diteruskan tetapi dengan saiz sederhana (medium) sahaja.

Isu ini juga disahkan hanya untuk sementara waktu waktu sahaja dan akan kembali dengan penawaran seperti biasa tidak lama lagi.

Tangguh Sementara Jualan Set Besar McDonalds Disebabkan Bekalan Kentang Terputus

Sebelum ini juga, permasalahan ini juga berlaku di beberapa negara lain termasuk di Jepun dimana McDonalds mengalami masalah had belakan kentang sekali gus membantutkan pengeluaran french fries.

BACA : Ini Senarai 16 Premis McDonalds Yang Akan Menerima Signage 'Mekdi'. Nampak Lebih Malaysia Gitu!

Setakat ini, pihak Mekdi yang belum ketahui bila isu bekalan kentang ini dapat diselesaikan. Jadi diharapkan kepada semua pelanggan untuk terus bersabar dan terus menyokong mereka walaupun tiada jualan set besar setakat ini.

Mungkin kita tak dengar lagi buat sementara waktu, akak abang mekdi tanyakan untuk suruh upgrade set besar dengan tambahan RM1.60 lagi selepas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post