Ini Senarai 16 Premis McDonalds Yang Akan Menerima Signage 'Mekdi'. Nampak Lebih Malaysia Gitu!

Ini Senarai 16 Premis McDonalds Yang Akan Menerima Signage 'Mekdi'. Nampak Lebih Malaysia Gitu!

Pihak McDonalds Malaysia telah mengeluarkan senarai premis mereka yang akan menerima dan diletakkan papan tanda atau signage bertulis 'Mekdi'.

Mekdi dengan rakyat Malaysia sangat dekat. Apabila ditanya, nak makan mana, mereka akan menyebut seakan bunyi 'Mekdi' walaupun ianya biasa ditulis McD. Inilah keunikan Malaysia yang tiada di negara lain.

Oleh itu, pihak McDonalds Malaysia telah mengeluarkan inisiatif ini disamping memperingati Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang menunjukkan identiti negara Malaysia itu sendiri. Oleh itu, salah satunya adalah McDonalds akan meletakkan signage yang bertulis Mekdi di premis yang terpilih.

Ini Senarai 16 Premis McDonalds Yang Akan Menerima Signage 'Mekdi'. Nampak Lebih Malaysia Gitu!

Papan Tanda 'Mekdi' Di Beberapa Lokasi

Jadi bermula pada 15 hingga 21 Ogos 2020 yang lepas, McDonalds telah mengeluarkan undian kepada orang ramai, dimana 16 premis yang akan diletakkan papan tanda Mekdi ini. Jadi orang ramai oleh undi atau vote menerusi pautan yang disediakan. Orang ramai boleh undi lokasi McD di tempat mereka juga.

Selepas seminggu tarikh tutup undian tersebut, akhirnya McDonalds Malaysia telah mengeluarkan 16 premis yang terpilih dan yang pastingya setiap negeri mempunyai wakil 'Mekdi'.
  1. McDonalds Bukit Bintang
  2. McDonalds Putrajaya DT
  3. McDonalds Kota Bharu DT
  4. McDonalds Suria KLCC
  5. McDonalds Kuala Selangor DT
  6. McDonalds Teluk Cempedak DT
  7. McDonalds Kuala Terengganu DT
  8. McDonalds Kuching
  9. McDonalds Kuala Pilah DT
  10. McDonalds Api-Api
  11. McDonalds Stulang Laut DT
  12. McDonalds Titiwangsa
  13. McDonalds Jalan Gopeng DT
  14. McDonalds Kulai
  15. McDonalds Taman Buaya
  16. McDonalds Greenlane

Jadi jika anda pergi ke premis McDonalds ini, anda akan lihat signage Mekdi yang diletakkan di bahagian hadapan. Signage ini dilaporkan hanya akan dikekalkan sehingga 16 September 2020 sahaja. Selepas itu, akan dicabut kembali.

Bagi premis Mekdi yang tidak terpilih, jangan risau nanti akan disediakan ciri filter bagi membolehkan anda juga tidak terlepas untuk ber OOTD bersama Mekdi

Post a Comment

Previous Post Next Post