Pertama Kali Cuba? Ini Cara Order Starbucks

Cara order starbucks dengan betul dan mudah serta murah

Anda teringin nak cuba minuman Starbucks tapi sepertinya tak tahu macam mana nak order? Takut nanti terbeli minuman terlalu mahal kan. Jangan risau, anda boleh tengok sini cara order Starbucks dengan mudah.

Starbucks sedikit berbeza dengan cafe atau kedai lain. Biasanya kita akan nampak senarai menu bersama gambar tetapi di Starbucks kebanyakkannya adalah dengan tulisan dan nama menu sahaja. Kalau ada gambar pun tak banyak lagi.

Minuman ini pula kita anggap mewah kerana harganya agak mahal berbanding minuman di tepat lain kan. Jadi kita sepatutunya kena tahu la apa yang kita order kan. Tak salah untuk cuba sekali sekala kan.

Cara Order Starbucks Untuk Yang Baru Nak Cuba

Jadi jangan risau, bagi anda yang tiada pengalaman tetapi ingin cuba minuman Starbucks, anda boleh ikuti langkah ini dengan mudah bagi membuat pesanan minuman di kaunter dengan betul.

BACA : Promosi Starbucks Secara Online

Anda hanya perhatikan menu yang biasanya diletakkan di belakang atas Barista atau kaunter pesanan

1)  Kategori Minuman Starbucks

Terdapat 5 kategori minuman yang ada di semua cawangan Starbucks seluruh Malaysia. Ianya adalah:

  • Coffee (Hot/Cold)
  • Frappe (Ice blended)
  • Tea (Hot/cold)
  • Chocolate
  • Juices

Jadi anda pilih kategori minuman yang anda mahukan

cara order starbucks untuk pertama kali dengan betul dan murah

2)  Saiz Bekas Minuman

Untuk saiz bekas minuman sedikit berbeza dengan kedai lain. Biasa kita jumpa small, medium dan large. Ianya guna bahasa Italy, jadi di Starbucks ianya menggunakan Tall (small), Grande (medium) dan paling besar dipanggil Venti (large)

Beza setiap saiz lebih kurang RM1.00 tau. Pilih sahaja mengikut kemampuan dan keperluan sahaja.

cara order starbucks untuk pertama kali dengan betul dan murah

3)  Pilih Minuman (Coffee)

Sekiranya anda pilih minuman dari kategori Coffee dan Espresso, anda boleh order seperti dalam gambar dibawah. Antara menu yang disediakan berasaskan Coffee di Starbucks

BACA : 20 Menu Starbucks Paling Popular. Tunjuk Sahaja Gambar Ini

cara order starbucks untuk pertama kali dengan betul dan murah

4)  Antara Menu Starbucks Paling Popular

Di Starbucks, anda akan nampak menu di bawah Frappuccino iaitu menu ice blended. Kalau tak tahu nak order apa, anda boleh pilih sahaja diantara menu popular Starbucks seperti dalam bulatan merah.

cara order starbucks untuk pertama kali dengan betul dan murah

5)  Perasa Tambahan Starbucks

Inilah antara sebab minuman kita jadi mahal kerana perasan tambahan yang kadang kita tak perlukan pun.

Jadi untuk yang pertama kali yang tak tahu pasal type of milk, syrup, drizzle, pump dan pelbagai lagi. Biarkan sahaja, order sahaja seperti dalam bulatan merah tersebut.

cara order starbucks untuk pertama kali dengan betul dan murah

6)  Pilih Minuman (Chocolate & tea)

Tadi kita dah tengok coffee, sekarang untuk menu chocolate pula. Selain itu ada juga untuk tea starbucks bagi mereka yang ingin minum sesuatu yang ringan dan mereka tidak suka coffee.

Di starbucks bukan semua kopi tau.

cara order starbucks untuk pertama kali dengan betul dan murah

7)  Nama Pada Bekas Minuman

Selepas selesai buat bayaran, akhir sekali, staff tersebut atau dikenali sebagai Barista akan minta nama kita untuk ditulis pada bekas minuman. Jadi bagi je la nama anda.

Dan jika sudah siap, mereka akan panggil berdasarkan nama pada bekas minuman starbucks tersebut.

cara order starbucks untuk pertama kali dengan betul dan murah

BACA : Barangan Starbucks Popular Anda Boleh Dapatkan

Tips Dan Cara Mudah Untuk Order Starbucks

Jadi secara ringkasnya, jika anda buat pertama kali nak order minuman di Starbucks. Anda boleh follow step dibawah

  1. Tanya dulu apa-apa promo yang masih berjalan (Promo Starbucks)
  2. Pilih minuman mengikut kategori sama ada coffee, frappucino, tea atau coklat
  3. Pilih saiz bekas minuman (tall, granded, venti)
  4. Bayar dan tunggu minuman anda sehingga siap
  5. Dah dapat, boleh la selfie sekali. 😁

cara order starbucks untuk pertama kali dengan betul dan murah

Harap perkongsian tips dan cara order Starbucks ini bermanfaat untuk anda diluar sana yang baru pertama kali nak cuba.


sumber : twitter @myjoe_

Post a Comment

Previous Post Next Post