Jawapan Disebalik Topeng 14 Peserta Masked Singer Malaysia Musim Kedua 2022

the masked singer malaysia 2 tahun 2022

Sebuah program nyanyian yang sebelum ini pernah menjadi fenomena kembali lagi dan kali ini The Masked Singer Malaysia datang untuk musim kedua.

BACA : Program Terbaru Astro, The Masked Singer Malaysia 2020

Seperti sedia maklum, program ini merupakan idea asal daripada program nyanyian di Korea iaitu The King Of Mask Singer kini dibawa untuk versi Malaysia.

Jika musim pertama sebelum ini, Aina Abdul yang merupakan individu disebalik topeng Bunga Raya menjadi juara sulung ketika itu selepas menewaskan 11 peserta yang lain.

Untuk musim kedua ini ada sedikit penambahan apabila jumlah peserta dinaikkan kepada 14 orang yang terdiri daripada selebriti dengan pelbagai bidang seperti penyanyi, pelakon, pelawak, influencer dan ramai lagi.

Mereka semua akan melakukan persembahan setiap minggu dengan memakai kostum lengkap dari kepala hingga ke kaki yang mana hanya suara sahaja yang dipertaruhkan.

Setiap minggu, barisan juri akan cuba meneka siapakah disebalik topeng dan kostum tersebut. Apabila ada peserta yang disingkirkan, baru kita semua tahu indentiti disebalik topeng tersebut.

Barisan Juri Untuk The Masked Singer Malaysia 2

Untuk musim ke-2 ini, seramai 9 juri yang bakal mengadili para peserta dan mereka ialah Datuk Aznil Hj. Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Manakala pengacara sensari, Datuk AC Mizal kekal sebagai hos utama bagi program The Masked Singer Malaysia 2.

Peserta The Masked Singer Malaysia 2022

Berikut merupakan senarai topeng atau kostum bintang untuk musim kedua ini:

Bujang Senang, Nanas, Mat Penyu, Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis, Periuk Kera, Aiskrim Roti, Rambutan, Ratu Semut, Orkid, Si Merak, Burung Hantu dan Pepatung

peserta the masked singer malaysia 2 tahun 2022

Tayangan The Mask Singer Malaysia 2 2022

Jadi jangan terlepas untuk saksikan The Masked Singer Malaysia 2 yang bakal berlangsung selama 10 minggu, bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna 107 bermula 28 Januari 2022.

Selain itu, untuk waktu yang lebih fleksibel, anda boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasinya.

Minggu 1

Peserta tersingkir : Harum Manis
Identiti : Ray ERA
Bidang : Penyampai Radio ERA Fm
Klu : Jarum jam menunjukkan pukul 5 pagi dan kemunculan Ayam Jantan bermaksud Harum Manis bangun awal pagi setiap hari untuk ke konti radio

Minggu 2

Peserta tersingkir : Nanas
Identiti : Keifli Othman
Bidang : Pelumba Kereta Profesional
Klu : Skor Markah 11, 14, 1 19 dan 73 melambangkan tarikh lahir Nanas iaitu 14 November 1973

Minggu 3

Peserta tersingkir : Pepatung
Identiti : Datin Seri Maria Farida
Bidang : Pelakon
Klu : Pepatung berjumpa dengan Men In Black di akhir babak bermaksud beliau telah menemui cinta sejati dan beliau merupakan seorang yang telah dimiliki

Minggu 4

Peserta tersingkir : Teh Tarik Kaw
Identiti : Sazali Samad
Bidang : Atlet Bina Badan Malaysia
Klu : 'Akademi Teh Tarik Kaw since 2016' merujuk kepada Akademi Sazali Samad yang dimilik oleh beliau sejak tahun 2016 di Cyberjaya

Minggu 5

Peserta tersingkir : Aiskrim Roti
Identiti : Iman Troye
Bidang : Penyanyi
Klu : Klu lesen memandu bermaksud Iman Troye pernah berselfie bersama Pegawai Pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas lulus ujian memandu seperti yang pernah dikongsikan oleh beliau di laman Instagram

Minggu 6

Peserta tersingkir : Mat Penyu
Identiti : Zul Huzaimy
Bidang : Pelakon
Klu : Sambal tempoyak dan Rendang Tok melambangkan asal dan negeri kelahiran Mat Penyu iaitu negeri Perak

Minggu 7

Peserta tersingkir : Periuk Kera
Identiti : Reshmonu
Bidang : Penyanyi
Klu : Nasi lemak melambangkan tajuk filem lakonan Resh iaitu Nasi Lemak 2.0 yang dibintangi olehnya pada tahun 2011

Minggu 8 (Suku Akhir)

Peserta tersingkir : Bujang Senang
Identiti : Sabhi Saddi
Bidang : Penyanyi
Klu : Selasa merupakan hari Sabhi Saddi dilahirkan bersamaan dengan 4 September 1984 manakala 1404 ialah tahun Hijrah kelahiran beliau

Minggu 9 (Separuh Akhir)

Peserta tersingkir : Si Merak 
Identiti : Sherry Ibrahim
Bidang : Pelakon
Klu : Sloth sejenis bergerak perlahan menjadi simbol kepada kelewatan penerbangann iaitu situasi yang selalu dialami oleh Sherry Ibrahim sewaktu beliau berkhidmat sebagai pramugari dahulu

Minggu 10 (Akhir)

Juara : Rambutan
Identiti : Shiela Amzah

Naib Juara : Seladang
Identiti : Amir Masdi

Tempat Ke-3 : Orkid
Identiti : Liza Hanim

Tempat Ke-4 : Burung Hantu
Identiti : Hanna Delisha

Tempat Ke-5 : Ratu Semut
Identiti : Ara Johari

Jumpa di The Masked Singer Malaysia 3 tahun depan!

Post a Comment

Previous Post Next Post