Cara Tebus Rebat RM500 Khusus Untuk Mangsa Banjir Bagi Pembelian Barangan Elektrik Domestik

tebus rm500 diskaun untuk mangsa banjir beli barang elektrik

Jika anda mangsa banjir sebelum ini, anda boleh tebus rebat sehingga RM500 untuk barangan elektrik di kedai-kedai elektrik terpilih di seluruh Malaysia.

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Program Bantuan Keluarga Malaysia untuk mangsa-mangsa banjir dan antaranya adalah Pembelian Peralatan Elektrik Domestik.

BACA : Cara Mohon Bantuan One- Off Khusus Kepada Mangsa Banjir 2021

Mangsa-mangsa banjir pastinya terkesan dengan kejadian banjir yang telah menenggelamkan rumah dan merosakkan peralatan elektrik.

Jadi kerajaan Malaysia bantu melalui pemberian rebat (bukan tunai) sehingga RM500 kepada setiap isi rumah untuk membeli peralatan elektrik kegunaan harian di kedai berdaftar.

Selain itu membeli peralatan elektrik di kedai, anda juga boleh beli secara online melalui platform e-dagang di seller yang terpilih iaitu di Shopee, Lazada dan PGMall.

Pemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik ini akan menggunakan platform sistem dalam talian (online) iaitu melalui Program SAVE yang diuruskan oleh SEDA Malaysia.

Syarat Kelayakan Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektronik Domestik

Jika anda memenuhi syarat yang ditetapkan, anda layak menerima rebat RM500 tersebut. Pemohon mestilah :

  1. Mangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak Kerajaan Malaysia (SEMAK DISINI)
  2. Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM

Jika penuhi syarat, anda kini sudah boleh mula untuk mohon dan tebus rebat tersebut sekarang.

mangsa banjir rosak barang elektrik

Cara Untuk Memohon Dan Tebus Rebat RM500

Seperti yang diberitahu pada awalnya, terdapat 2 kaedah atau cara tersedia untuk program ini iaitu :

Kaedah 1 : Pembelian dan penebusan di kedai atau pasar raya berdaftar ATAU

Kaedah 2 : Pembelian secara online di : SHOPEE | LAZADA | PGMALL

Kedua-dua kaedah ini beroperasi menggunakan platform SAVE

Maklumat Dan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mohon Dan Tebus Rebat RM500

Jadi kedua-dua kaedah ini perlukan beberapa maklumat dan dokumen untuk proses penebusan rebat tersebut.

Pemohon hanya perlu mempunyai atau bawa 3 dokumen berikut :

  • Salinan kad pengenalan
  • Akaun bil elektrik domestik TNB yang sah
  • Dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir seperti :
    • Polis
    • NADMA
    • Pegawai Daerah
    • Surat sokongan dari Ketua Komuniti (JKKK, JMB, JMC, Persatuan Penduduk)
    • Agensi kerjaan yang terlibat

Selepas anda sudah ada kesemua dokumen ini, anda boleh datang mana-mana kedai yang berdaftar dan beli perlatan elektrik yang anda mahu dengan tebus rebat sehingga RM500.

Untuk dapatkan senarai kedai berdaftar yang mengambil bahagian, anda boleh lihat lokasi kedai terpilih DISINI.

BACA : 

Jadi diharapkan bantuan rebat ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan kejadian banjir yang berlaku sebelum ini bagi mendapatkan semula barangan elektrik.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web SEDA iaitu www.seda.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post