Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank

Cara Keluarkan Duit Paypal Ke Akaun Bank

Mungkin dah ramai tahu tapi mungkin ada yang tak tahu lagi dimana sebenarnya kita boleh keluarkan duit Paypal terus masuk ke akaun bank tempatan.

Inilah dia dunia tanpa sempadan. Walaupun akaun bank kita limited untuk digunakan bagi pembelian luar negara tetapi kita masih mempunyai pilihan lain iaitu menggunakan akaun Paypal.

Shopping Online : KLIK DISINI

Dengan itu, anda boleh shopping online seluruh dunia kerana kebanyakkan seller menerima pembayaran melalui akaun Paypal. Tambahan pula nak daftar pun mudah iaitu menggunakan emel sahaja dan paling best ianya percuma.

Untuk senang faham, Paypal ni macam eWallet. Jadi segala transaksi duit keluar dan masuk hanya secara online menerusi akaun Paypal itu sendiri.

Jadi macam mana pula kalau duit kita dah banyak dalam akaun Paypal dan kita nak gunakan cash dari duit tersebut? Boleh ke transfer kesemuanya?

Cara Keluarkan Duit Paypal Ke Akaun Bank

Sebenarnya anda boleh withdraw atau keluarkan duit anda dalam akaun Paypal terus masuk ke akaun bank tempatan anda tidak kira la Maybank, CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam atau apa-apa perbankan pun.

BACA : Cara Keluarkan Duit Komisyen Dari Involve Asia Untuk Tahun 2022

Anda boleh keluarkan semua duit dalam Paypal, akan tetapi kadang pengeluaran adalam minima RM30. Jadi kalau kurang daripada itu, anda boleh tak boleh keluarkan duit tersebut.

1)  Login akaun Paypal anda menggunakan username dan password seperti biasa

2)  Kemudian klik pada bahagian Wallet

Cara Keluarkan Duit Paypal Ke Akaun Bank

3)  Jika anda belum sambungkan akaun bank anda, klik pada Link a bank. Jika sudah, anda boleh teruskan dengan klik pada Transfer Funds

Cara Keluarkan Duit Paypal Ke Akaun Bank

Cara Keluarkan Duit Paypal Ke Akaun Bank

Untuk Bank Routing Code, anda boleh rujuk disini

4)  Klik pada Transfer to you bank

Cara Keluarkan Duit Paypal Ke Akaun Bank

5)  Pilih dari matawang MYR atau USD. Jika sudah klik Next

Cara Keluarkan Duit Paypal Ke Akaun Bank

6)  Pilih akaun bank yang telah anda daftar dan sambungkan dengan akaun Paypal. Klik Next

Cara Keluarkan Duit Paypal Ke Akaun Bank

7)  Anda boleh masukkan jumlah yang anda mahu keluarkan. Atau anda boleh keluarkan kesemuanya. Dah setel, klik Next

Cara Keluarkan Duit Paypal Ke Akaun Bank






8)  Akan dipaparkan kesemua maklumat berkaitan seperti maklumat akaun bank, jumlah pengeluaran dan caj jika ada. Tiada caj dikenakan. Klik Transfer Now

Cara Keluarkan Duit Paypal Ke Akaun Bank

9)  Done! Ianya akan mengambil masa dalam 2-3 hari sahaja. Mengikut pengalaman, tidak pernah lewat daripada waktu tersebut. Paling lama 3 hari sahaja

Jadi lepas ni, kalau duit dah banyak dalam akaun Paypal, boleh je keluarkan tapi kena masukkan terus ke akaun bank tempatan dulu. Lepas tu barulah boleh withdraw kat mesin ATM kalau nak guna cash kan. Mudah sahaja!

Post a Comment

Previous Post Next Post