Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP Secara Online

Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP 2022

Kita sedia maklum, Kerajaan telah membenarkan pengeluaran terakhir simpanan KWSP iaitu Pengeluaran Khas sehingga RM10,000 bagi setiap ahli yang layak.

Permohonan ini boleh dibuat bermula 1 April 2022 (Jumaat) sehingga tarikh tutup pada 30 April 2022 (Ahad). Manakala pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 (Rabu) dalam satu bayaran (one-off) sahaja.

Syarat Permohonan Pengeluaran Khas

Untuk melayakkan anda mohon Pengeluaran Khas ini anda mestilah Ahli KWSP yang berumur dibawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.

Selain itu, anda mempunyai simpanan sekuran-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan. Jadi anda perlu semak terlebih dahulu baki akaun KWSP anda.

BACACara Semak Baki Akaun KWSP

Jumlah Pengeluaran Yang Dibenarkan

Untuk Pengeluaran Khas, jumlah atau amaun kelayakan pengeluaran adalah minimum RM50 sehinggalah amaun maksimum iaitu RM10,000. Tapi pastikan baki yang tinggal sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Pembayaran akan terus dibuat ke Akaun Bank (simpanan atau semasa). Jadi pastikan akaun bank anda masih aktif dan didaftarkan atas nama ahli sendiri.

Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP 2022

Anda boleh mohon dengan dua (2) cara iaitu menerusi i-Akaun (Ahli) atau menggunakan pautan khas yang disediakan seperti contoh dibawah

Langkah 1
Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON SEKARANG

Langkah 2
Kemudian isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit

Langkah 3
Seterusnya tekan Teruskan dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan

Langkah 4
Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A atau B disebelah kanan. Tekan TERUSKAN

A - Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN

B - Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan

Langkah 5
Tekan TERUSKAN

Langkah 6
Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN

Langkah 7
Akhir sekali, semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan dan tandakan Tik sebelum tekan HANTAR. Selesai!

Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP 2022

Jika sudah selesai, anda boleh mula semak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 (Sabtu) sama ada lulus atau tidak lulus.

Anda boleh semak di pautan pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau di menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Post a Comment

Previous Post Next Post