Cara Keluarkan Duit Komisyen Dari Involve Asia Untuk Tahun 2022

Cara withdraw keluarkan duit komisyen di involve asia

Bagi pengguna Involve Asia yang ingin mula keluarkan atau withdraw duit komisyen, anda boleh ikuti cara dan langkah seperti yang ditunjukkan dibawah.

Involve Asia merupakan antara platform affiliate yang ada di Malaysia. Ini bermakna, anda boleh buat duit tambahan menerusi komisyen yang diperoleh melalui platform ini.

Dalam Involve Asia terdapat banyak syarikat yang menawarkan affiliate bagi produk mereka seperti Shopee, Lazada, Adidas, Airbnb, Malaysia Airlines dan banyak lagi.

Secara mudahnya, anda hanya perlu kongsikan link affiliate anda kepada followers anda dan sekiranya mereka membeli barangan daripada link tersebut, anda peroleh komisyen.

Jika jumlah komisyen (earning) telah sampai nilai minima pengeluaran atau withdrawal, anda boleh mula mohon untuk keluarkan duit tersebut terus masuk ke akaun bank.

Sekiranya anda berminat, anda boleh mula daftar Involve Asia sekarang dan permohonan adalah dalam tempoh 5 hari bekerja. Boleh buat duit tambahan sikit kan

Cara Withdraw Keluarkan Duit Komisyen Di Involve Asia

Seperti yang dipaparkan di halaman Involve Asia, bagi setiap pengeluaran, nilai komisyen yang diperoleh mestilah melebihi RM80 ke atas. Dah lebih, baru layak untuk anda withdraw.

Terdapat 2 cara pengeluaran iaitu :

  • PayPal (caj RM4 atau 2%, mana yang lebih tinggi)
  • Bank transfer (caj mengikut jenis bank)

Berapa banyak kali pengeluaran tanpa caj tambahan bagi cara Bank Transfer berbeza mengikut tahan Membership: Silver, Gold, Platinum dan Black.

membership level witdraw earning involve asia

Proses pengeluaran komisyen mengambil masa selama 10 hari waktu bekerja. Ini cara withdraw komisyen Involve Asia:

Langkah 1 : Terlebih dahulu, anda perlu masukkan maklumat akaun bank dengan pergi pada kanan atas dan klik "Manage your account"

Cara withdraw keluarkan duit komisyen di involve asia

Langkah 2 : Pada bahagian Payment, masukkan segala maklumat akaun bank anda. Pilih Wire Transfer, masukkan nama anda, nama bank, no. akaun bank, alamat bank, negara, kod SWIFT, emel, nombor telefon. Jika sudah selesai, klik "Save Changes"

Cara withdraw keluarkan duit komisyen di involve asia

Langkah 3 : Kemudian baru boleh mula buat permohonan withdraw dengan cara klik pada tab "Payment > My earning overview". Pada halaman ini, anda klik pada "Request Withdrawal"

Cara withdraw keluarkan duit komisyen di involve asia

Langkah 4 : Seterusnya anda dibawa ke halaman semakan semula. Pastikan segala butiran bank anda betul dan lengkap. Jika sudah ok semua, klik "Confirm"

Cara withdraw keluarkan duit komisyen di involve asia

Sudah selesai! Anda hanya perlu tunggu dalam tempoh 10 hari sebelum duit komisyen anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank secara automatik.

Ianya akan dimaklumkan menerusi emel daripada Standard Chartered Bank berkaitan transaksi melibatkan Involve Asia dan anda telah berjaya.


Post a Comment

Previous Post Next Post