Cara Mohon Bantuan One- Off Khusus Kepada Mangsa Banjir 2021

Cara Mohon Bantuan One- Off Khusus Kepada Mangsa Banjir 2021

Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri telah mengumumkan bantuan one-off khusus kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana banjir yang berlaku sebelum ini.

Kita sedia maklum, sebelum ini beberapa negeri telah dilanda banjir besar dan antara negeri yang terlibat seperti Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Jadi atas keperihatinan dan membantu rakyat, beberapa bantuan akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir dalam bentuk wang tunai secara one-off.

Disini akan disenaraikan bantuan yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga bantuan daripada Kerajaan Negeri sendiri

Antara Bantuan Yang Boleh Dimohon Bagi Mangsa-Mangsa Banjir

{tocify} $title={Table of Contents}

1.  Bantuan Wang Ihsan (BWI) - Terbuka

Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Jadi melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ada memberikan bentuan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada ketua isi rumah dan juga mangsa yang menyebabkan kematian.

Sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) sama ada yang berpindah atau tidak berpindah ke PPS. Manakala RM5,000 untuk mangsa yang menyebabkan kematian.

Syarat Kelayakan

Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan diri (MyKad) yang sah dan mestilah merupakan mangsa bencana ketika bencana berlaku.

Mangsa mendiami atau menduduki rumah persendirian. Mangsa juga wajib mendaftarkan nama dengan maklumat lengkap menggunakan nama Ketua Isi Rumah.

Cara Daftar

Pendaftaran nama yang sah perlu dilakukan sepertimana yang berikut iaitu berpindah ke PPS dan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau tidak berpindah ke PPS dan mendaftar dengan JPKK/Ketua Komuniti di tempat masing-masing.

2.  Bantuan Banjir Selangor Bangkit - Khusus Untuk Penduduk Selangor

Bantuan Banjir Selangor Bangkit

Melalui bantuan ini, mangsa akan menerima RM1,000 secara one-off bagi setiap keluarga di negeri Selangor sahaja.

Borang permohonan perlu dihantar ke Pejabat Daerah atau Pejabat Tanah dalam masa 14 hari dari tarikh kejadian bencana. Anda boleh download borang tersebut DISINI.

Cara Mohon

Borang kesemuanya adalah sama sahaja tetapi perlu pengesahan dan tandatangan wakil DUN kawasan/ Penghulu/ Ketua Kampung yang berkenaan sahaja.

Tidak perlu laporan polis. Tetapi perlu sediakan salinan bil elektrik/air/indah water, salinan kad pengenalan beserta gambar kejadian. Sila lampirkan bersama borang ketika penghantaran borang.

3.  Bantuan Banjir Zakat Selangor - Khusus Untuk Penduduk Selangor

Bantuan Banjir Zakat Selangor

LZSPeduli merupakan bantuan one-off kepada ketua keluarga terjejas akibat banjir sebanyak RM600 bagi pemohon yang layak.

Syarat Kelayakan

Mangsa bencana banjir atau pemohon mestilah individu beragama Islam dan warganegara Malaysia atau penduduk tetap. Selain itu, lahir dan menetap di Selangor tidak kurang dariapda 3 tahun.

Cara Memohon

Bagi permohonan untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf, permohonan boleh dibuat melalui portal LZSPeduli disini

Pemohon perlu memuatnaik dokumen seperti laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

Manakala bagi permohonan BUKAN Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf, permohonan boleh dibuat melalui portal LZSPeduli disini.

Pemohon perlu memuatnaik dokumen seperti Mykad ketua keluarga, no. akaun bank dan laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke pautan Bantuan Banjir Zakat Selangor

4.  Bantuan Khas Bencana Banjir Pahang - Khusus Untuk Penduduk Pahang

Bantuan Khas Bencana Banjir Pahang

Kerajaan Pahang juga ada mengumumkan Bantuan Khas Bencana Banjir RM500 bagi ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir yang berlaku.

Mereka yang bakal menerimanya ialah di bawah 4 kategori iaitu :

  • Mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS)
  • Mangsa yang TIDAK berpindah ke PPS tetapi menumpang di rumah saudara-mara
  • Mangsa yang tinggal di rumah sewa
  • Mangsa yang membuat keputusan untuk tidak berpindah ke man-mana.

Boleh dapatkan borang pendaftaran mangsa banjir secara online. Download disini.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau JPKK Setempat.

Post a Comment

Previous Post Next Post