Mydin Halalkan Mereka Yang Pecah Masuk Premisnya Di Taman Sri Muda Shah Alam

Mydin Halalkan Mereka Yang Pecah Masuk Premisnya Di Taman Sri Muda Shah Alam

Baru-baru ini tular sebuah video kejadian pecah masuk ke kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Shah Alam yang ketika itu sedang mengalami banjir teruk.

BACA : Cara Semak Paras Air Sungai Semasa Di Kawasan Anda Secara Online

Dalam video tersebut, beberapa kedai serbaneka dipenuhi orang ramai yang harung air banjir ke kedai serbaneka bagi mendapatkan bekalan makanan.

Antara pasar raya yang terlibat seperti Mydin, Gmart, KK Mart dan 7 Eleven. Ianya juga telah disahkan oleh pihak Polis Shah Alam seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Ekoran kejadian tersebut, pihak Mydin tampil menerusi kenyataan rasmi berkaitan status premis mereka ditempat kejadian iaitu cawangan MYDIN Mart, Sri Muda, Shah Alam Selangor.

Pihak MYDIN Tampil Memberi Penerangan

Menerusi kenyataan tersebut, mereka memberitahu cawangan tersebut musnah akibat banjir yang berlaku pada 18 Disember 2021 (Sabtu) dan mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit.

Berikuta kes pecah masuk premis tersebut, pihak MYDIN melalui Pengarah Urusan, Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin memberitahu, beliau menghalalkan mereka yang telah pecah masuk ke premis tersebut.

Mydin Halalkan Mereka Yang Pecah Masuk Premisnya Di Taman Sri Muda Shah Alam

Beliau beranggapan, mereka melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.

'Saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup' - Datuk Wira

Beliau mendoakan agar kesemua mangsa banjir khususnya terselamat dan keadaan kembali pulih seperti biasa.

Terbaik MYDIN, terbaik Datuk Wira! Mungkin selepas ini, kita boleh utamakan pembelian di mana-mana premis Mydin seluruh Malaysia sebagai tanda sokongan!

Post a Comment

Previous Post Next Post